Isnin, 11 Mei 2015

Dia SahabatKu

Assalamu’alaikum ya ansorullah..Kaifa Halukum? Bikhair? Alhamdulillah.. Kali ini IZZ nak kongsi entri yang diberi tajuk “..Dia Sahabatku.

 Bismillahir Rahmaanir Rahiim 

Hari ini nak kongsi cerita tentang persahabatan IZZ dengan orang jauh di mata tapi dekat di hati..hehe
Nama mereka ialah Auni Binti Mohd Fisol & Wan Nur Liyana Binti Wan Ismail ^^
Jom travel :


…Liya asal Kelantan dan Auni plak asal dari Kedah…hii…ana bersyukur sangat dapat jadi sahabat mereka ni…tapi ana selalu rasa yang ana tak layak jadi kawan mereka apatah lagi jadi sahabat. Ana bukanlah seorang insan yang baik..tak mampu jadi sahabat yang boleh membimbing..sungguh berat tanggungjawab jadi insan yang bergelar “SAHABAT”. Namun, hanya kepada Allah ana adukan rasa ini. Hanya pada-Nya ana bersandar segala kesulitan di hati, segala keresahan yang menimpa diri, segala kesusahan yang memberatkan jiwa. Sahabat, ana ingin menjadi diari dalam lacimu agar ana tahu segala keresahan dijiwa enti berdua. Nanti, pada satu ketika di Padang Mahsyar, jika enti berdua tidak mendapati ana bersama enti di dalam syurga, maka, enti carilah ana di lembah neraka, katakanlah kepada Allah bahawa ana ada mengingatkan enti tentang Allah walau hanya sedikit.. selamatkanlah ana di alam akhirat yang kekal selama-lamanya sahabat. Ana tidaklah pandai bermadah pujangga apatah lagi berkata-kata…diri ana jua kadangkala terbabas dalam mengawal segalanya. Bukan ana tidak berusaha malah ana sering terjatuh dalam mencuba. Kadangkala, ana mudah berputus asa dalam mencuba pabila tiada seorang pun yang menjadi pembakar semangat. Ya!!! Ana juga manusia biasa yang selalunya menagih kasih manusia lain untuk dijadikan pembakar semangat. Sahabat, tolong doakan keselamatan ana di dunia dan di akhirat. Syukran Jiddan Bijiddan Ya Sahabatii Ya Rafiqi Ya Habibi Ya Khalilah. Uhibbu Fillah Abadan Abada. ~

Tinta-Setinta-Tintanya,
“Sayangilah Sahabat Anda Hanya Kerana ALLAH.”

Huwahh,, sedihh L

Sekian sahaja perkongsian IZZ pada entri kali ini.. Jangan diucap selamat tinggal..ngee~

Wa ilalliqo’ ..Assalamu’alaikum J

╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸ALLAH :*)

❀♥ iZzaH_FaQiraH
❀♥*Soyyad Syahid*
✿✿ LM_1416 ✿✿

©Original Blog©





Kebersihan Hati

Assalamu’alaikum ya ansorullah..Kaifa Halukum? Bikhair? Alhamdulillah.. Kali ini IZZ nak kongsi entri yang diberi tajuk “..Kebersihan Hati.

 Bismillahir Rahmaanir Rahiim

Sahabat yang IZZ kasihi sekalian, antum tahu ka dak bahawa,


Kebersihan hati menentukan kesahihan ibadah seseorang. Di dalam konteks solat,unsur-unsur ibadah hati yang ditekankan ada enam. Semuanya berpandukan Imam Al-Ghazali di dalam Kitab Ihya Ulumuddin;

1.     Kehadiran hati (hati tidak menerawang memikirkan perkara perkara selain dari solat)

2.     Pemahaman (memahami segala perkataan yang dilafazkan ketika solat)

3.     Pengagungan dan merasai kehebatan Allah s.w.t. (Berasa takut terhadap Allah hasil dari kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran Ilahi).

4.     Harap (Mengharapkan pahala dari Allah kerana kerana Dialah saja tempat pergantungan bagi manusia).

5.     Malu (Berasa malu dengan ibadah yang telah dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya sudah tentulah).
- Berhubung dengan ini, Imam Al-Hasan berkata: Mereka yang tidak menghadirkan hati ketika melakukan solat, solat mereka akan mencepatkan mereka kepada seksaan Allah.
- Pelaksanaan Ibdah-ibadah ini secara konsisten akan menyedarkan umat Islam tentang kepentingan memelihara hati dari serangan ansir yang boleh merosakkannya.Di antara perkara yang amat ditekankan agama ialah keikhlasan.Itu paling penting kerana dari keikhlasan itulah yang menentukan ibadah kita diredhai Allah atau sebaliknya.Allah berfirman: Maka kecelakaanlah bagi mereka yang solat, (iaitu) mereka yang lalai dari solatnya.Yang mengerjakan kebajikan untuk dilihat orang (riya).(Surah Al-Maun ayat 4-6)
- Mereka yang ikhlas akan mendapat kedudukan yang istimewa di hari Akhirat.Nabi s.a.w. bersabda: (Di antara mereka yang) duduk di bawah naungan arasy Allah, pada hari yang tidak ada sebarang naungan melainkan naunganNya ialah, seorang lelaki yang bersedekah dengan tangan kanannya sehingga tersembunyi dari tangan kirinya. (Riwayat Bukhari dan Muslim) .




6.     Sebaliknya, mereka yang suka menunjuk-nunjuk akan mendapat dosa dan kehinaan.Nabi s.a.w. bersabda: Sedikit dari riya ketika (ketika beramal) adalah syirik..: (Riwaya Al-Tabrani dan Al-Hakim.Isnadnya sahih).

Di akhirat, golongan yang riya akan dipanggil dengan beberapa gelaran keji, seperti yang disebutkan oleh nabi s.a.w.: Di hari qiamat mereka yang riya akan dipanggil dengan gelaran) Wahai orang orang yang keji, wahai pengkhianat, wahai orang yang suka menunjuk-nunjuk.. (Riwayat Ibn Abi Dunya)

Di dalam Ihya ulumuddin, diriwayatkan perkataan Saidina Ali r.a. berhubung dengan cara untuk mengenal riya’. Beliau berkata; Mereka yang suka menunjuk-nunjuk (riya) mempunyai tiga tanda:

a)    Apabila bersendirian , malas beribadah.Kononnya tak ada orang nak naikkan semangat untuk beribadah.Sebaliknya apabila berada bersama-sama dengan orang ramai, dia menjadi rajin.Contohnya kat Mesjid, kononnya malu kalau tak buat solat sunat.

b)    Apabila dicaci, amal ibadahnya dikurangkan.

c)    Apabila dipuji, dia menambahkan amalannya

Ini jelas amalan yang (b) dan (c) itu, bergantung pada “sorrounding people's insult.”

Maka, hati-hati dengan penyakit riya’ ya sahabat-sahabat yang dimuliakan ALLAH..

Bertitik tolak daripada kenyataan di atas, (ceh, ayat power Bmku)

Hati yang bersih juga akan melahirkan peribadi yang jujur lagi amanah. Peribadi seperti ini semakin ketandusan pada hari ini. John C. Maxwell di dalam Developing the leader within you berkata: “Semua orang pernah menemui mereka yang penonjolan luarannya lebih hebat dari dalamannya. Amat menyedihkan pada hari ini, ramai orang memberi fokus kepada pembinaan imej luaran lebih dari imej dalaman. Yang anehnya apabile mereka jatuh mereka tidak tahu punca yang menyebabkan kejatuhan itu. Rumah Putih, Pentagon,Capitol Hill, gereja, gelanggang sukan, akademi malah pusat penjagaan kanak-kanak, semuanya telah diserang pelbagai skandal yang memalukan pada hari ini.”

Tinta-Setinta-Tintanya,

“Wahai jasad yang hidup, hati-hati dengan hati yang sudah mati. Kerana, kau telah lebih awal mati seluruhnya.”

Sekian sahaja perkongsian IZZ pada entri kali ini.. Jangan diucap selamat tinggal..ngee~

Wa ilalliqo’ ..Assalamu’alaikum J


╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸ALLAH :*)

❀♥ iZzaH_FaQiraH
❀♥*Soyyad Syahid*
✿✿ LM_1416 ✿✿

©Original Blog©



Menangis Takutkan Allah SWT

Assalamu’alaikum ya ansorullah..Kaifa Halukum? Bikhair? Alhamdulillah.. hehee..Kali ini IZZ nak kongsi entri yang diberi tajuk “..Menangis Takutkan Allah SWT.

 Bismillahir Rahmaanir Rahiim 

Sahabat yang IZZ kasihi sekalian, antum tahu ka dak bahawa,

TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH??

Rasulullah S.A.W  telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."

Ada pula hal yang lain,

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Tinta-Setinta-Tintanya,

“Pastikan tangisan itu pembelamu di akhirat sana kelak.”

Sekian sahaja perkongsian IZZ pada entri kali ini.. Jangan diucap selamat tinggal..ngee~

Wa ilalliqo’ ..Assalamu’alaikum J


╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸ALLAH :*)

❀♥ iZzaH_FaQiraH
❀♥*Soyyad Syahid*
✿✿ LM_1416 ✿✿

©Original Blog©


Ahad, 3 Mei 2015

Hadiah terbaik

Assalamu’alaikum ya ansorullah..Kaifa Halukum? Bikhair? Alhamdulillah.. hehee..Alhamdulillah..dapat juga disiapkan entri pertama IZZ yang diberi tajuk “..Hadiah Terbaik.” Jom Travel..

 Bismillahir Rahmaanir Rahiim 

Hadiah? Apa itu hadiah? Hadiah ialah pemberian ikhlas sebagai tanda ingatan atau penghargaan kepada seseorang. Hadiah tidak semestinya sesuatu yang mahal tapi ianya pemberian daripada seseorang kepada seorang insan yang disayangi..Hadiah tidak semestinya sesuatu yang berupakan wang ringgit atau harta benda. Banyak cara untuk kita menghadiahkan sesuatu kepada orang tersayang tanpa perlu membelanjakan wang yang ada:
✏ Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah doa.
✏ Hadiah terbaik 
untuk seorang musuh adalah kemaafan

✏Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah kejayaan
✏Hadiah terbaik untuk murid adalah tauladan
✏Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah kasih sayang
✏Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah al-Fatihah
✏Hadiah terbaik untuk ibu bapa adalah kebaktian
✏Hadiah terbaik untuk isteri adalah penghargaan
✏Hadiah terbaik untuk suami adalah kesetiaan
✏Hadiah terbaik untuk anak adalah pendidikan
✏Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah kejujuran
✏Hadiah terbaik untuk org yg tak dikenali adalah senyuman
✏Hadiah terbaik untuk Rasulullah adalah selawat
✏Hadiah terbaik untuk Allah SWT adalah ketaqwaan
Tinta-Setinta-Tintanya,

"Sentiasalah bermurah hati untuk menghadiahkan sesuatu kepada insan sekeliling kita kerana pemberian anda hari ini adalah ganjaran untuk hari esok."


Sekian sahaja perkongsian IZZ pada entri kali ini.. Jangan diucap selamat tinggal..ngee~


Wa ilalliqo’ ..Assalamu’alaikum 


╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸ALLAH  :*)

❀♥ iZzaH_FaQiraH 
❀♥*Soyyad Syahid*
✿✿ LM_1416 ✿✿

©Original Blog©