Sabtu, 26 Ogos 2017

NAAN Qawi (Part 2)

NAAN Qawi.

Part 2--

Selesai menunaikan solat Isyak, NAAN membaca al-Qur'an surah Al-Mulk. Itulah rutin malamnya sebelum tidur selain mengulangkaji subjek pengajiannya.

Usai mengaji, dia melabuhkan diri di atas meja belajar. Dilihat jadual satu persatu. Tiba-tiba ada satu nota kecil terjatuh dari dalam bukunya. Diamati setiap bait yang tertulis di nota itu.

"Buat bidadari Nur yang Allah kasihi,

Selamat menempuh alam menara gading yang menduga hati. Daku sentiasa mendoakan agar engkau selalu tersenyum andai jiwa terhiris kecil oleh ujian Tuhan. Ingatlah, Tuhan tidak akan menduga hamba-Nya andai hati mereka tidak kuat menerima.

Kuhadiahkan sepotong mutiara buatmu wahai yang didamba,
"Bermimpilah setinggi langit. Kerana jika engkau jatuh, kau akan jatuh di antara bintang."

AnsorullahFaqirah

Hatinya sedikit terusik pabila terimbau kembali kenangan saat dia menerima nota kecil itu dari seseorang.

Tiba-tiba empangan matanya mengeluarkan mutiara jernih. Aku diuji kerana Dia tahu aku mampu hadapi. Aku bisa sampai ke tahap ini pun kerana aku yang memilih mengikut detakkan hati lewat petunjuk Sang Ilahi.

Syukur Tuhan kerana membawa aku ke jalan ini sehingga membentuk seorang aku menjadi NAAN yang sejati. Buat yang pernah hadir lalu pergi, daku ucapkan terima kasih. Al-Fatihah.

Karya/Kredit:
Lizawatie Mihamzah

http://t.me/thepenciptakudihatiku