Jumaat, 21 Oktober 2016

Sedar atau biar --

Tangisan itu adalah suara anak-anak Palestin,
Wahai kamu anak-anak bumi Malaysia,
Apa yang engkau lakukan di sini?
Tidakkah engkau bangun lagi dari tidurmu,
Apa kau masih lena dibuai cinta yang sial?

Bangkitlah wahai saudaraku,
Sedarlah untuk satu kekuatan,
Bersatulah untuk satu kejayaan,
Bersamalah teguhkan iman,
Sebelum jasad dijemput Tuhan.

Apa kau masih pekak untuk satu kesatuan,
Apa kau buta untuk satu kejayaan,
Atau kau bisu untuk semuanya?

Bangkit untuk dirimu,
Bangkit untuk ummahmu,
Bangkitlah untuk agamamu.

Moga engkau berhijrah untuk satu perubahan,
Perubahan besar yang membawa kejayaan pada Islammu.

Kau sedar,
Kaulah pembela ummah,
Kau biar,
Kau penunggang agama.

Maka, kau pilihlah sedar atau biar.

Umat Muhammad,
Penciptaku Dihatiku.

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku

Khamis, 20 Oktober 2016

Surat Cinta Terakhir ♡ Surat Cinta Kesepuluh

Surat Cinta Terakhir ♡

Hidayah Tuhan datang melamar membawa bahagia.

"Awak nak mendengar satu kisah tak?" Tanyaku padanya. Dia hanya mengangguk tanda setuju. Saya ingin bercerita tentang bagaimana seorang hamba Allah (Izz bukan nama sebenar) dilamar hidayah-Nya sehingga terjentik hati ingin melakukan pengislahan diri.

Aku memulakan ceritaku padanya dan dia hanya tekun mendengar. Kisah ini bukan soal terbuka hati ke belum tetapi ia tentang cinta dan kasih sayang Tuhan. Faham? Dia hanya mengangguk tanda faham. Aku mulakan. Bismillahirrahmaniirrahiim.

Dipendekkan cerita, kisah ini bermula apabila izz bermimpi. Masatu dia berumur 15 tahun dan pada waktu dia tengah sakit. Allah menjentikkan hidayah ke dalam dirinya di sepertiga malam walaupun dia tengah dalam keadaan sakit macamtu. Izz mimpi dirinya diazab dan ada lembaga hitam yang mendatanginya. Sebabnya hanya kerana dia terlupa untuk solat Maghrib dan Isyak.
Dia tertidur dalam kesakitan waktu sehingga dia terlupa untuk solat. Dalam mimpi tuh, dirinya seperti diazab. Dia tengah menunggu giliran untuk penghitungan amalan sangat lama. Selepas itu, dia rasa dirinya seperti dicampak ke dalam gaung api. Izz menangis semahunya. Sebab melihatkan keadaannya yang tak mampu nak melakukan apa-apa rasanya. Dia menyesal. Setelah itu, dia merasakan seperti ada tali yang besar menimpa dirinya lagi dan menyebabkan dia tersedar daripada tidur. Izz menangis. Habis berpeluh satu badan sebab takut yang teramat. Izz membersihkan dirinya, mengqada solat Maghrib dan Isyak, lepastu dia melakukan solat sunat. Sujud syukur yang terlalu indah sebab Allah masih cinta padanya. Masih memberi peluang lagi untuknya perbaiki diri. Mantapkan diri. Alhamdulillah.

Begitulah kisahnya. Moga kita semua dapat mengambil ibrah daripada kisah di atas. In shaa Allah.

Awak nak tahu tak, berhijrah ni perlukan langkah demi langkah. Bukan terus saja tanpa panduan. Memang pada mulanya, bila kita perbaiki hidup kita, kita rasa terpaksa. Namun, lama kelamaan ia bertukar menjadi cinta. Bila tinggal, rasa cemas. Bila tak istiqamah, rasa lemas. Rasa tak? Dan pernah tak kita terfikir, andai Allah tarik nyawa kita pada masa kita bermaksiat pada-Nya. Allahu. Sia-sialah kehidupan. Itu adalah hal yang paling mengerikan dalam perjalanan kehidupan seorang hamba.

Perlukan kekuatan, carilah pada Tuhan,
Andai perlukan teman, sebaik-baik teman adalah Tuhan.

Sekian.

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
20/10/2016
Surat Cinta Kesepuluh ♡

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku

Surat Cinta Kesembilan

"Insan Terbuang"

"Kenapa memilih tajuk itu?" Dia bertanya padaku. Jawabku hanya satu, kerana ia satu hal yang amat unik dan indah. Ia memberi ibrah kepada insan sepertiku yang rindukan tarbiah Tuhan, aku yang rindukan kasih dan cinta Tuhan. Aku ingin kembali kepada Tuhan.

Dia hanya tersenyum mendengar jawapanku seraya berkata, "Pasti ada sesuatu yang indah dan hebat pukulannya yang berlaku dalam kehidupanmu bukan?" Aku sekadar mengiyakan kata-katanya.

Kuceritakan padamu, kenangan semalam yang aku lewati telah banyak membawa ibrah dalam kehidupanku. Tangisanku menjadi penguat agar aku dapat melalui momen-momen semalam lewat insan-insan yang aku sayang pergi meninggalkanku.

Aku sering bermonolog pada Tuhan agar Dia menunjukkan kasih sayang-Nya padaku, selainnya aku pinta agar aku diberi kekuatan dan sentiasa diredhai.

Ternyata Tuhan sungguh cinta padaku kerana segala ujian yang datang bukan saja melamar tetapi membawa luka lantas meninggalkan kebahagiaan yang amat kuharapkan. Kebergantungan pada takdir yang telah Tuhan tentukan.

Tidak mahu kuceritakan kisah semalam yang telah aku lalui, cuma aku ingin titipkan pesan, "Jangan pernah jatuh andai kita 'insan terbuang' pada kehidupan manusia, kerana Allah tidak pernah beralasan untuk berhenti memberikan kasih sayang kepada kita sebagai hamba-Nya."

Kuatlah untuk teruskan perjuangan,
Meskipun menjadi terbuang pada mata insan,
Kerana hidup ini bukan sekadar untuk tangisan,
Tetapi untuk pengorbanan yang inputnya kekuatan,
Dan untuk suatu kebahagiaan hakiki di sisi Tuhan.

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
19/10/2016
Surat Cinta Kesembilan ♡

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku

Surat Cinta Kelapan

"Partner in Crime" sahabat sejatiku.

Tidak semua orang mampu bersama dengan kita pada kala senang dan juga susah. Sesiapa sahaja yang ikhlas bersamamu pada saat kau kesusahan, maka genggamlah dia erat-erat dan syukurilah nikmat Tuhan. Bukan mudah mencari kawan yang sesetia itu, sampai ke tahap itu dia bersamamu. Maka, kasihilah dia, sayangilah dia dan hargailah dia. Saling membimbinglah kalian dalam lorong-lorong keimanan, dalam jalan-jalan menuju Tuhan. Realisasikanlah ukhuwah itu seperti ukhuwah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.

Allah SWT berfirman:

الْأَخِلَّآءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ
"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)."
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 67).

Jadikanlah ukhuwah yang kita jalin di dunia ini menjadi pembela kita di Mahsyar nanti dan berkasih sayanglah sesama kita kerana tidaklah sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.

 

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ

خَادِمِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم

عَنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم

قَالَ: "لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ".

رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ [رقم:13]، وَمُسْلِمٌ [رقم:45].

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Sahabat,
Janji ini terpatri kerana Tuhan,
Kaulah sahabat kaulah teman,
Andai aku lupa, kau peringatkan,
Andai aku jatuh, kau tiupkan semangat perjuangan,
Andai aku lemah, kau tolong kuatkan tentang Tuhan.

Sahabat,
Janji ini jua terpatri kerana Tuhan,
Aku sayang kau atas asma' Allah,
Kita saling membimbing hingga ke Jannah-Nya,
Ingat, janji Allah itu pasti,
Moga kita bertemu di syurga Allah yang kekal abadi.

In shaa Allah wa bi'iznillah.

Buat insan-insan teristimewa dan orang-orang hebat.

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
18/10/2016
Surat Cinta Kelapan ♡

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku

Surat Cinta Ketujuh

Bangkit. Komitmen dan Tanggungjawab Menunggu.

"Tussidex Forte Linctus

Non-narcotic Antitussive

Relieves Resistant Dry Cough Non-sedative

Alcohol and Sugar-free ."

Tudiaa. Apa kebenda tuh?

Ia sejenis ubat batuk kering yang sering membuatkan aku menjadi "tingtong" dan rasa nak tidur sahaja.

Betapa banyak komitmen yang tertangguh disebabkan ubat yang telah aku ambil. Kau tahu, hari ini aku kena menjalankan tanggungjawab yang besar seperti hari-hari biasanya yang aku lakukan.

Kasihan para pejuang kecilku kerana aku rasa aku mengabaikan mereka dengan tangisan-tangisan bicara mereka.

Allah. Bangkit, bangkit!! Bukan masa untuk aku terus lena melayan rasa. Perjalanan masih terlalu panjang sedangkan masa yang ada semakin singkat. Kau faham?

Maksudku, begitulah juga dengan kehidupan ini. Sakit yang sedikit jangan terlalu dimanjakan sehingga komitmen yang terlalu besar diabaikan dan dibiarkan. Sakit yang sedikit itu biasa sahaja jika dibandingkan dengan sakitnya sakaratul maut, sakit yang perit ditanggung oleh saudara Islam kita di Palestin.

Redalah wahai batuk dan semoga cepat sembuh wahai diriku. Masih banyak komitmen dan tugasan yang menunggumu.

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
17/10/2016
Surat Cinta Ketujuh ♡

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku

Surat Cinta Keenam

Isi hati, Rahsia yang Tersembunyi.

Apakah hikmah Allah menyembunyikan isi hati manusia daripada manusia yang lainnya?

Tahu? Saya cuba bertanya kepadanya.

Saya cuba memberi penerangan yang lebih baik kepadanya agar dia lebih faham.

Andai kita telusuri hikmah Tuhan merahsiakan isi hati sesama insan daripada pengetahuan insan lain tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk sebuah ketenangan.

Betapa pengasihnya Tuhan kepada kita sehinggakan apa yang kita detikkan di dalam hati pun Dia sembunyikan daripada pengetahuan insan lain. Bukankah itu satu ketenangan? Allahu Ya Malik.

Pernahkah terlintas dek akal andai apa yang kita rasakan dapat dibaca orang lain? Dan bagaimana pula halnya jika kita dapat membaca isi hati orang lain terutamanya pandangan terhadap orang tersebut pada kita? Pernah terfikir?

Usah dirungkai kuasa Tuhan,
Usah dipertikai agungnya Tuhan.

Allah Maha Pengasih kepada hamba-hamba-Nya. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang Tuhan kurnia. Segala sesuatu ada hikmahnya. Apapun, cuba didik hati bersangka baik. Simpan yang baik-baik sahaja dalam hati kita. Kerana hati itulah yang Allah lihat pada diri kita. Hati itu sesuatu yang berharga dan amat mahal nilainya hingga tidak terkira kerana sesuatu yang boleh disimpan dalam hati itu nilainya "error" atau infiniti. Betapa beruntungnya kita si hamba Allah.

Hati,
Ia sekeping daging yang ada pada kita,
Baik kita, maka baiklah ia,
Buruk kita, maka buruklah jadinya hati itu.

Isi hati,
Sesuatu yang tersembunyi,
Bila tersembunyi, maka ia berharga,
Jadi simpanlah yang "berharga" itu pada hal yang baik-baik sahaja.

Kerana isi hati,
Itulah yang dinilai Ilahi,
Dalam diri setiap insani.

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
16/10/2016
Surat Cinta Keenam ♡

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku

Surat Cinta Kelima

Bukan Niatku.

Rabb,
Engkau Maha Mengetahui isi hati ini,
Sekalipun aku tidak melafazkannya pada-Mu,
Kerana Engkau-lah pencipta diri ini,
Kerana Engkau-lah pemilik hakiki jasad, roh dan hati ini.

Aku hamba-Mu,
Tiada apapun yang menjadi milik mutlakku,
Tiada satupun hal kepunyaanku,
Kerana Engkau Tuhan Yang Esa,
Dan Engkau-lah Tuhan pemilik segalanya.

Rabb,
Aku sedar..
Kasih yang kusemai masih terlalu rapuh,
Cinta yang kubina masih terlalu sedikit,
Kerana abdi setiaku yang sering mengejar dunia,
Membuatkan aku terbuai lena asyik rayuan fatamorgana,
Membuatkan aku jauh dari jalan bahagia yang kekal abadi.

Allahurabbi,
Aku sering tewas dengan dugaan duniawi,
Maka, jentiklah hatiku dengan indahnya ukhrawi,
Betapa nikmatnya bersama-Mu di singgahsana syurgawi.

Kuatkanlah aku dalam mencari redha-Mu,
Dekatkanlah aku dengan tangisan dalam meraih keampunan-Mu,
Teguhkan jiwaku dalam jalan menuju cinta-Mu.

الله الله الله

Pemburu cinta-Mu.

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
15/10/2016
Surat Cinta Kelima ♡

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku

Surat Cinta Keempat

Jadikan kritikan tajam sebagai satu penghormatan.

Sedangkan Tuhan Sang Pencipta dan Pemberi rezeki Yang Maha Mulia seringkali  mendapat cacian dan cercaan daripada orang-orang pandir yang kurang berakal apatah lagi kita manusia yang punya banyak khilaf.

Maka, yang mampu kita lakukan adalah mengubur dalam-dalam setiap kritikan mereka dan bersikap acuh tak acuh terhadap mereka.

Dan biar hanya Allah menilai mereka melalui perkataan-perkataan mereka. Firman Allah SWT;

Allah SWT berfirman:

هٰٓأَنْتُمْ أُولَآءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتٰبِ كُلِّهِۦ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوٓا ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ  ۚ  قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ  ۗ  إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ الصُّدُورِ
"Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada."
(QS. Ali 'Imran: Ayat 119)

Dan kita juga dapat melawan perlakuan buruk mereka dengan diam seinfiniti bahasa dengan cara memperbaiki akhlak kita.

Abaikan saja suara jemaah lalat itu berbicara sesama mereka. Move on. Raih cintamu.

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
14/10/2016
Surat Cinta Keempat ♡

Surat Cinta Ketiga

La tahzan. Dengki itu sudah wujud sejak dahulu kala.

Saya cuba terangkan kepadanya tentang jawapan saya berikan itu agar dia lebih faham. In shaa Allah.

Hayati bait ini,

Rakuslah terhadap segala keutamaan dan berusahalah meraihnya,
Jauhilah orang yang sering menyalahkan atau selalu dengki,
Ketahuilah, sepanjang umurmu adalah saat yang tepat untuk taat,
Suatu saat akan terbalik dan hanya kematian yang boleh menghentikan kedengkian.

Seorang ulama pernah berkata; "Kepada mereka yang sensitif terhadap sebarang kritikan disarankan agar mereka menuangkan sesuatu yang dingin ke dalam sarafnya ketika menghadapi kritikan zalim lagi jahat."

Faham?

Saya cuba rungkai satu persatu agar mudah difahami.

Buat kita yang berhati lembut, mudah terasa, mintalah pada Allah semoga diberi kekuatan hati. Apapun fitnah dan tohmahan, caci dan keji yang dilemparkan, mohonlah sungguh-sungguh pada Allah agar diberikan kesabaran, ketabahan dalam menghadapi segala mehnah dan tribulasi. Hiduplah sebagai hamba yakni sebenar-benar hamba kepada penciptanya.

Tiupkan aura positif dalam diri. Apapun kejian, jadikan ia sebagai pembakar semangat bukan pembunuh usaha. Hidup ini jika semata-mata untuk kita meraih pandangan manusia, saya ucapkan terlebih dahulu selamat menderita. Sia-sia sahaja usaha islah diri kita.

Al-Mutanabbi pernah berkata;

Angan-angan seorang pemuda adalah bagaimana hidup dua kali,
Keinginannya adalah bagaimana mencari kekuatan fizik dan keutamaan hidup baginya adalah sibuk dengan segala aktivitinya.

Hukama' mengatakan; "Seorang pengecut mati beberapa kali. Sedangkan, pemberani hanya mati sekali."

Soalnya, mengapa kita tidak mahu jadi seperti si pemberani itu? Hadapilah ujian hidup ini dengan kuat dan tabah kerana kebenarannya kita hanya hidup sekali sahaja sepanjang perjalanan ini.

Abaikan saja si pendengki hakiki itu sendiri, bangkitlah dan raihlah cinta Tuhan sejurusnya berbahagialah. Sudah. Tenang. Senyum. Jangan bersedih lagi.

Ingat, janji Allah itu P A S T I .

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
13/10/2016
Surat Cinta Ketiga ♡

Surat Cinta Kedua

Dia bertanya kepadaku,

Apakah pengakhiran kepada kehidupan yang lebih baik pada zaman ini?

Dengan nama Tuhan, aku cuba memberi jawapan yang baik kepadanya.

Tiadalah kehidupan yang lebih baik di atas bumi ini jika tiada landasan yang benar dalam menuju Tuhan.

Tiadalah pengimarahan yang lebih utama selain mengimarahkan hati dan jasad terlebih dahulu.

Tiadalah kebaikan yang sempurna jika niatnya tersasar kepada perkara lain melainkan ia ditajdidkan hanya kerana Allah.

Kamu faham apa yang saya cuba sampaikan?

Hidup ini hanya kerana Allah. Mari saya tunjukkan kepada kamu, apa yang saya cuba sampaikan,

Allah SWT berfirman:

قُلْ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ الْعٰلَمِينَ
"Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."
(QS. Al-An'am: Ayat 162)

Mengerti kamu?

Kehidupan kita di dunia pasakkan hanya kerana Tuhan. Tiadalah kehidupan yang lebih baik jika bukan kerana Allah. Hidup ini sia-sia jika bukan untuk meraih keredhaan Allah.

Dan, tiadalah pengakhiran hidup yang lebih baik selain HUSNUL KHATIMAH. Dan untuk meraih husnul khatimah, kita harus bunuh bintik-bintik jahiliah dalam diri. Kerana CINTA Allah takkan hidup dalam hati yang ada bakteria jahiliah.

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
12/10/2016
Surat Cinta Kedua ♡

Surat Cinta Pertama

Putus asa.

Sesiapa sahaja pernah putus asa. Tapi bagaimana cara kita mengatasi rasa putus asa itulah yang membezakan kita.

Lain orang lain caranya. Ada orang putus asa, dia suka berkongsi masalah dengan kawan dia. Ada orang putus asa, dia suka menyendiri, meluah pada Tuhannya. Ada orang putus asa, dia suka menulis, menangis dan sebagainya.

Bagaimanapun kita rasa putus asa terhadap sesuatu hal itu, janganlah sesekali melakukan hal yang boleh membawa kepada kemurkaan Allah. Tadabburlah kalam Tuhanmu, in shaa Allah muhasabah.

Allah SWT berfirman:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوٓا أَنْ يَقُولُوٓا ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
(QS. Al-'Ankabut: Ayat 2)

Allah SWT berfirman lagi:

وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ  ۖ  فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكٰذِبِينَ
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."
(QS. Al-'Ankabut: Ayat 3)

Bacalah dengan nama Tuhanmu, dan kuatlah kamu wahai hamba. Jangan pernah putus asa. Andai rasa itu menghampir, segeralah tepis. Jangan biarkan diri kita tenggelam dalam gelombang futur. Makhluk-Nya yang satu ini; Iblis, amat suka kepada manusia yang putus asa. Dan mulalah menerbitkan rasa tidak yakin dalam diri kita terhadap ketentuan Allah. Na'uzubillahiminzalik.

Jadi, bangkitlah wahai hati, bangunlah wahai jasad. Jangan biarkan dirimu dibelenggu rasa futur, rasa tidak yakin, rasa ingin menyalahkan takdir. Pandanglah ujian dengan berhikmah, Allah pasti selitkan hadiah.

Qawi! Hamasah! Bangkitlah kerana Allah. Jangan futur.

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
12/10/2016
Surat Cinta Pertama ♡

Selasa, 11 Oktober 2016

Poems For Muhammad Haikal Akman

This time the sky was overcast,
Reminds me a sadness almost drown in a sea of ​​pain,
True pain when losing.

Dear Ruhy,
I do not want to lose,
The hearts were too tired to keep plugging away,
Stay with me always,
As you scroll the time will be recognized.

One that you need to know,
I was jealous even though I did not express to you,
But if you see a change in my attitude,
That's the sign.

Please take care of my heart, though I do not know what you're doing behind me,
If you are not able to please leave me,
I can love until you feel like the king,
But when I was injured,
I'm sorry if you pretend not to know.

Just this once,
Please be the last for me.

Hopefully the overcast sky was marched away,
And came unto a rainbow.

Tulusly,
Creator In My Heart.

-MHAZA-

Khamis, 6 Oktober 2016

Jangan Futur. Allah Sentiasa Ada.

Tuhan,
Aku pernah rasa futur dan rebah,
Mungkin aku lupa bahawa Kau Maha Mengatur dan Maha Menguasai segalanya.

Tuhan,
Aku selalu menangis tatkala aku diuji dugaan,
Mungkin aku lupa bahawa ujian inilah yang membentuk aku menjadi seorang insan.

Tuhan,
Aku selalu meminta agar Kau memberiku sebuah kekuatan,
Mungkin aku lupa bahawa ujian-Mu inilah yang memberi kekuatan.

Tuhan,
Andai aku jatuh lagi,
Andai aku rebah lagi,
Andai aku lemah lagi saat aku diuji,
Ingatkanlah aku tentang sebuah kemanisan Mardhatillah,
Jentikkan hatiku kepada sebuah keindahan hakiki,
Keindahan kekal abadi,
Keindahan bersama-Mu Ya Ilahi Rabbul Izzati.

Ingatkan aku tentang indahnya sebuah kesabaran.

Warkah Insan,
Penciptaku Dihatiku .