Sabtu, 24 Disember 2016

Mengapa Lubang Hidung Ada Dua?

MENGAPA LUBANG HIDUNG ADA DUA?

Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan kanan.

Apakah fungsinya sama?

Sebenarnya fungsinya TIDAK sama dan dapat kita rasakan bezanya.

Sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan yang kiri mewakili bulan (mengeluarkan sejuk).

Jika SAKIT KEPALA, cubalah MENUTUP Lubang hidung sebelah KANAN, bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

Jika merasa LELAH/PENAT, lakukan sebaliknya.

Tutup lubang hidung sebelah KIRI dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan.

Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya MUDAH sekali sejuk.

Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga CEPAT sekali marah.

Apakah Anda memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung mana yang bernafas lebih cepat?

Sebelah kiri atau kanan?

Jika lubang hidung kiri bernafas lebih cepat, Anda akan merasa sangat lelah.

Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.

Pada suatu malam, saya duduk menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri.

Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh.

Saya terus melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang, sakit.

Hukum Doktor Lelaki Menyambut Wanita Bersalin.

(INFO MANFAAT) KAUN HAWA WAJIB SEBARKAN!!! HUKUM DOKTOR LELAKI MENYAMBUT WANITA BERSALIN

Suatu malam rumah saya didatangi beberapa orang mahasiswa dari kalangan pelajar perubatan Tanta. Memandangkan sebelum ini kami pernah terlibat sama dalam program persatuan, maka saya mengenali mereka.

“Saya pelik, kenapa ramai doktor lelaki terlibat dalam bidang perbidanan (wanita bersalin)?” Saya cuba menduga.

“Tak ramai sebab bidang perbidanan ini sebenarnya risikonya tinggi dan agak susah.. contohnya kalau ada emergency kes tengah-tengah malam ada orang nak beranak susahla doktor perempuan nak tolong..” Jawabnya.

Sudah saya jangkakan jawapannya. Saya cuba berfikir relevan di sebalik jawapan itu sambil tangan mencobek ketulan cucur bawang yang kami sediakan untuk mereka. Sedap juga menjamah cucur panas-panas begini.

“Lagipun doktor lelaki jadi dah biasa dah macam tu (sudah mangli melihat aurat wanita ketika mahu bersalin, tidak bernafsu lagi)..” Sambungnya lagi.

Saya juga telah menulis artikel berkaitan rawatan ke atas pesakit berlainan jantina di sini.

Jawapan di atas pula bakal saya jawab sebentar lagi. Teruskan membaca subtopik di bawah.

ALASANNYA DARURAT

Ada di kalangan mereka yang mengharuskan lelaki terjun ke dalam bidang sakit puan atau obstetrik dan ginekologi (O&G) dengan beralasan darurat. Malah menggunapakai kaedah masyhur qawaid fiqh yang berbunyi:

Maksudnya: “Darurat boleh mengharuskan perkara yang diharamkan dengan syarat darurat tersebut tidak kurang (bukan lebih kecil) berbanding perkara yang diharamkan.”

Perlu diketahui, kaedah di atas bagi darurat doktor lelaki merawat ataupun menjadi bidan kepada wanita bersalin adalah terlalu umum. Kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut tanpa membuat pengecualian hal ehwal sakit puan.

Justeru, kita tidak boleh mengkiaskan darurat memakan bangkai secara keseluruhannya. Ini kerana darurat memakan bangkai berbeza dari beberapa sudut. Antaranya ialah:

1. Merujuk kepada masalah keharusan memakan bangkai, ianya tidak melibatkan pihak kedua. Maksudnya ia hanya melibatkan individu yang memakan bangkai itu sahaja. Manakala bagi kes bersalin, ianya melibatkan pelbagai pihak bersama iaitu pesakit, suami dan doktor yang menyambut kelahiran itu sendiri.

2. Seterusnya jika berlaku kes bersalin, kesan di sebalik perbidanan itu adalah amat besar samaada terhadap emosi sehinggakan si isteri akan mengalami trauma berpanjangan. Begitu juga suami, pasti akan mengundang rasa ‘lain’ apabila lelaki asing melihat aurat mughallazah isterinya. Doktor juga tidak dapat lari daripada menerima kesan akibat kes perbidanan tersebut seandainya masih bergelar lelaki sejati.

3. Harus memakan bangkai dikategorikan sebagai perkara yang ta’abbud. Oleh itu apabila berlaku pertembungan antara ta’abbud dengan tujuan pensyariatan (maqasid syariah) maka mestilah mendahulukan maqasid syariah. Menjaga aurat adalah salah satu tujuan pensyariatan (iaitu menjaga maruah), dan berubat juga merupakan salah satu tujuan pensyariatan (iaitu menjaga nyawa). Ini kerana, ada sesetengah keadaan didahulukan menjaga maruah berbanding menjaga nyawa, dan ada sesetengah keadaan di dahulukan menjaga nyawa berbanding menjaga maruah.

Contoh lain, misalnya terdapat kes seorang wanita dipaksa berzina, jikalau tidak berzina maka akan dibunuh. Oleh itu dalam masalah ini ulama’ mengharamkan wanita berkenaan berzina, jadi hendaklah memilih untuk dibunuh berbanding berzina. Mengapa? Kerana berzina risikonya lebih besar berbanding bunuh. Antara risiko jenayah zina ialah kesan trauma, kesedihan, kemurungan terhadap mangsa dan keluarga. Malah kesan ini akan lebih teruk jika menyebabkan kelahiran anak luar nikah.

ALASAN MEREKA YANG LAIN

Saya merasakan alasan kerana wanita sukar untuk keluar malam jika berlaku kes kecemasan adalah tidak relevan sama sekali. Ini kerana dunia kini bertambah canggih dan mempunyai pelbagai kemudahan perhubungan. Bahkan wanita itu juga boleh ditemani suami ataupun mahram jika keseorangan.


Cuba kita renung sejenak, dahulu ibu-ibu kita melahirkan anak bagaimana? Hanya atas pertolongan mak bidan menggunakan perubatan tradisional. Terdapat juga sesetengah tempat mereka menggunakan khidmat jururawat bergerak. Kesemua mereka adalah wanita. Mereka sanggup berkorban demi membantu kaum sendiri tanpa beralasankan hari sudah larut malam. Dunia bertambah canggih, ini bukan ceritera kisah menunggang basikal tua!

Oh, saya sedikit geli hati mendengar alasan doktor lelaki sudah bosan melihat aurat wanita sehinggakan tidak rasa bersyahwat lagi. Jawapannya mudah, apakah doktor lelaki itu sudah mati pucuk? Atau sudah menjadi tidak normal? Sungguh kasihan jika itu berlaku.

Faktanya, lelaki yang mengubati wanita dan terpaksa melihat aurat lebih berisiko iaitu risiko terdedah kepada perzinaan. Ini bukan bermaksud terdedah kepada berzina dengan pesakit ketika rawatan sahaja, bahkan ianya mendorong kepada perzinaan umum, tidak kira samaada dengan pesakit atau bukan pesakit.

Secara teorinya, melihat aurat terutama bahagian aurat mughallazah (bahagian alat kelamin) boleh merangsang hawa nafsu. Lantas ransangan ini mendorong seseorang ke arah perzinaan walaupun sekadar istimta’ (ringan-ringan).

Teori ini disokong oleh kajian daripada W.H.O yang menyatakan hampir 20% doktor lelaki menjalinkan hubungan seks dengan pesakit wanita. Ini termasuklah kes pegawai perubatan yang merogol pesakit ketika koma sehingga menyebabkan mengandung di barat. Perkara sebegini akan bertambah teruk jika dimonopoli oleh para doktor lelaki yang masih bujang dan tidak berakhlak.

Qatadah meriwayatkan: Telah sampai kepadaku sabda Rasulullah SAW dengan maksudnya: “Tidak harus bagi mana-mana perempuan yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat (memperlihatkan anggota dan mereka) melainkan di bahagian ini, sambil baginda memegang bahagian tengah lengannya.” (Maksud bahagian tengah ialah – bermula dari hujung jari sehingga separuh lengan, bukan pergelangan tangan)

Terdapat riwayat di dalam sebuah hadis yang sahih bahawa Ibnu Abbas r.a berkata kepada Ato’ bin Abi Robah r.a bermaksud:

“Mahukah engkau jika aku tunjukkan seorang perempuan ahli syurga?”

Ato’ menjawab: “Ya.”






Ibnu Abbas berkata: “Perempuan hitam ini telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: Aku dirasuk dan auratku tersingkap, maka bolehkah engkau doakan untukku?” Rasulullah SAW bersabda: “Jika engkau mahu bersabar, maka bagimu syurga. Jika engkau mahu aku mendoakan kesejahteraan, (maka aku akan doakan)”. Perempuan itu berkata: “Aku memilih bersabar (menanggung keperitan)”. Ia menambah: “Auratku tersingkap, maka doakanlah untukku supaya ia tidak tersingkap (ketika tidak sedarkan diri). Maka Rasulullah SAW pun mendoakan untuknya.

Perkara begini bukan sesuatu hal yang sangat-sangat ringin persis debunga yang berterbangan ditiup angin. Ini juga bukan masalah menghirup kopi sambil menonton gusti di warung kampung. Ini soal maruah seorang wanita. Hati wanita mana tidak remuk seandainya selama berpuluh tahun elok berhijab menutup aurat, menjaga rambutnya dari terdedah, namun diragut maruah hanya kerana peristiwa beberapa jam saat kelahiran anak. Mungkin wanita yang tidak menutup aurat kurang merasa kesengsaraan jiwa, tetapi bagi yang selalu menjaganya. Pasti ia merupakan detik hitam yang kelam dan hitam.

Pada hemat saya, ini adalah salah satu strategi pihak yahudi dan barat menusukkan jarum-jarum halus mereka. Sengaja meramaikan pelajar lelaki di dalam bidang sakit puan, dan meramaikan pihak wanita di dalam bidang sakit tuan. Natijahnya, soal aurat langsung tidak dititikberatkan lagi sehinggakan mencetuskan kecelaruan fikrah di benak-benak umat Islam.

FARDHU KIFAYAH YANG MENJADI FARDHU AIN

Bidang sakit puan & perbidanan (O&G) akan menjadi fardhu ain jika kekurangan doktor muslimah. Fardhu ain ini terpundak di atas bahu-bahu pelajar perubatan wanita yang kini sedang menuntut di mana sahaja hamparan bumi. Bukan untuk lelaki. Ayuh, sahutlah seruan ini wahai kaum hawa demi masa depan dirimu sendiri. Apakah akan terjadi jika fardhu ain juga diabaikan? Saya yakin kalian juga tahu hukumnya.


Kaedah hukum fiqh mengatakan bahawa:
“Jika sesuatu kewajipan tidak dapat disempurnakan melainkan dengan sesuatu (tindakan), maka sesuatu (tindakan) tersebut juga menjadi wajib.”

Credit: syuhadahalfirdaus.blogspot

Isnin, 5 Disember 2016

Qudwah Qabla Dakwah

Sentap,
Katamu sentap itu perlu,
Untuk memanggil jiwa melulu,
Kembali ke jalan yang Satu,
Hajat ummah menyatu.

Pernah kau terfikir,
Hati manusia tidak sama,
Penerimaan mereka berbeza,
Sentap belum tentu membangun jiwa,
Kau perlu ubah kaedah dakwah.

Berdakwah bukan hanya menyentap,
Kerana dakwah itu adalah seni,
Ia punya pelbagai cara dan variasi,
Dan kau perlu tahu yang bakal kau sentuh adalah hati.

Wahai Da'ie,
Dakwah punya pelbagai cara,
Teladan sebelum dakwah itu antaranya,
Ibaratkanlah kau berdakwah pada diri sendiri,
Agar kau dapat menyentuh hati dan jiwa yang mati.

Pesanku buatmu wahai para da'ie yang disanjungi,
Bila berdakwah jangan lupa letak diri dalam situasi Mad'umu,
Agar kau faham apa yang dia perlukan saat ini,
Maka, terbentuklah sebuah ummah yang kukuh dan utuh.

| Qudwah Qabla Dakwah |

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
04/11/2016 , 05:47PM

http://Telegram.me/thepenciptakudihatiku

SubhanaAllah

SubhanaAllah,
Ia satu kalimah indah,
Ia bermakna memuji Allah,
Atas segala apa yang tercipta,
Aku, kamu, kita, semua dan dia juga seindah makhluk ciptaan-Nya.

SubhanaAllah,
Ia satu kalimah hebat,
Bukti Allah Yang Maha Hebat,
Seisi alam adalah ciptaan-Nya,
Kerana hanya Dia yang Maha Agung dan Maha Esa.

SubhanaAllah,
Ayatnya mudah,
Tapi selalu dilupa,
Seolah-olah tak ingat Allah,
Bahawa Dia pencipta segala.

Wahai hamba,
Ayuh muhasabah diri,
Nampak yang indah sebutlah kalimah Ilahi,
Kerana Dia-lah selayaknya dipuji,
Allah pencipta seisi langit dan bumi.

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
05/11/2016
Kalimah Cinta 2#

http://Telegram.me/thepenciptakudihatiku

Alhamdulillah

Alhamdulillah,
Itu kalimah teragung,
Ucapan untuk-Nya Yang Maha Agung,
Dari seorang hamba buat Pencipta,
Tanda syukur atas segala kurnia.

Alhamdulillah,
Sebuah kalimah yang indah juga mudah,
Tapi sukar dilafaz oleh si hamba abdi,
Tanda syukurnya kepada Ilahi,
Malah hanyut leka dengan duniawi.

Alhamdulillah,
Satu kalimah yang penuh azimat,
Selalu diungkap maka bertambahlah nikmat,
Tanda syukur seorang hamba,
Pada Tuhan Yang Maha Esa.

Hamba,
Jangan lupa mengucap Alhamdulillah,
Pada Allah Maha Pencipta yang memberi kurnia,
Sebagai tanda bersyukur,
Sebelum kau masuk kubur.

| Alhamdulillah |

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
03/11/2016
Kalimah Cinta 1#

http://Telegram.me/thepenciptakudihatiku

Dua Lafaz Terindah

Tuhan,
Terdapat dua lafaz,
Pilihan setiap manusia,
Iaitu lafaz syahadah,
Dan juga lafaz sakinah.

Lafaz syahadah,
Impian setiap pencinta,
Yang mendamba bahagia akhirah,
Di sisi-Mu Allah.

Lafaz sakinah,
Idaman setiap manusia,
Yang mendamba syurga dunia,
Memenuhi sunnah Rasul-Mu Ya Allah.

Lafaz syahadah,
La Ilaha Ilallah, Muhammad Rasulullah,
Berjaya mengungkap,
Bahagia di sisi-Nya.

Lafaz sakinah,
Aku terima nikah si dia,
Berjaya melafaz,
Selamat dari fitnah iblis durjana.

Dua lafaz jadi impian,
Demi keselamatan,
Hati dan iman,
Untuk meraih redha-Nya Tuhan.

| Dua Lafaz Terindah |

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
02/11/2016
D'Hearty 10#

http://Telegram.me/thepenciptakudihatiku

Kisah Seorang Hamba

Tuhan,
Aku si hamba hina,
Selalu meminta-minta,
Agar diberi bahagia,
Tapi tak cukup usaha.

Aku juga si hamba lemah,
Sering rebah dan lelah,
Tersungkur jatuh bila diuji,
Sedikit ujian punca duniawi.

Tuhan,
Aku si hamba tidak tahu malu,
Sering merayu-rayu pada-Mu,
Meminta ini dan itu,
Tanpa "membersihkan" diriku dahulu.

Akulah si hamba fakir,
Yang kurang berfikir,
Sering mundar-mandir,
Sehingga "masa" berakhir.

Sedar tapi tak insaf,
Ah! Kau si hamba harus bertindak cepat,
Kau perlu minta maaf,
Sebelum kau dicabut nyawa oleh Malaikat.

Sebelum terlambat,
Cepat bertaubat,
Persiapkan akhirat,
Semoga berkat.

Aamiin.

| Kisah Seorang Hamba |

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
01/11/2016
D'Hearty 9#

http://Telegram.me/thepenciptakudihatiku

Dealova Cintaku

Allahku,
Tumbuhkanlah kecintaan dalam hatiku,
Yang mana hanya kecintaan kepada-Mu jua pada Rasul-Mu,
Satu cinta yang tidak akan pernah melalaikan aku,
Cinta yang membawa keredhaan bukan kemurkaan.

Allahku,
Jadikan cinta ini cinta yang benar,
Jadikan rindu ini rindu yang abadi,
Demi sebuah redha yang Maha Besar,
Demi sebuah bahagia hakiki di sisi Ilahi.

Allahku,
Aku mengharap cinta-Mu,
Aku mengharap redha-Mu,
Kuingin menjadi bidadari di sisi-Mu,
Kuingin menjadi umat kebanggaan Rasul-Mu.

Ya Allah,
Engkau-lah Maha Kuasa,
Ya Rasulullah,
Engkau tauladan utama.

| Dealova Cintaku |

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
31/10/2016
D'Hearty  8#

http://Telegram.me/thepenciptakudihatiku

Inginku Jaga

Inginku jaga,
Si dia yang dicinta,
Dialah harta.

Inginku jaga,
Si dia bak permata,
Mahal nilainya.

Inginku jaga,
Si dia yang berharga,
Amanah Allah.

Inginku jaga,
Si mahkota berharga,
Harta wanita.

Inginku jaga,
Si akhlak dan maruah,
Ia mahkota.

Inginku jadi,
Wanita yang solehah,
Dambaan syurga.

| Inginku Jaga |

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
30/10/2016
D'Hearty 7#

http://Telegram.me/thepenciptakudihatiku

Tenang Bahagia

Malam nan suram,
Segar momen semalam,
Girang mendalam.

Tatkala itu,
Hati sangat merindu,
Menusuk kalbu.

Biar kau pergi,
Pergi jauh dariku,
Tenang hidupku.

Biarkan aku,
Sendiri aku sunyi,
Itu mahuku.

Sejahteralah,
Moga hidup gembira,
Mengundang redha.

| Tenang Bahagia |

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
28/10/2016
D'Hearty 6#

http://Telegram.me/thepenciptakudihatiku

Mikraj Seorang Hamba

Allah,
Aku hamba-Mu,
Engkau Tuhanku,
Aku hina dina,
Engkau pemilik segalanya.

Allah,
Ujian-Mu tanda cinta,
Tetapi aku si buta,
Leka dek dunia,
Lupa matlamat utama.

Allah,
Kekalkan rasa hamba,
Dalam diri manusia,
Bahagia dunia,
Bahagia di sana.

Allah,
Tiada lain jadi harapan,
Selain redha-Mu Tuhan,
Dalam kehidupan insan,
Demi sebuah kebahagiaan.

| Mikraj Seorang Hamba |

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
28/10/2016
D'Hearty 5#

http://Telegram.me/thepenciptakudihatiku

Rindu Terluka

Malam nan indah,
Aku merindu dia,
Sahabat fillah.

Dahulu rapat,
Kini terpisah sesat,
Tanpa pengikat.

Dikau menjauh,
Menjauh dari aku,
Itu khilafku.

Kau benci aku,
Haram sebut namamu,
Bukan salahku.

Semoga Tuhan,
Memberkati dirimu,
Sini dan sana.

Ketahuilah,
Sungguh kurindu kamu,
Bahagialah.

| Rindu Terluka |

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
27/10/2016
D'Hearty 4#

http://Telegram.me/thepenciptakudihatiku

Ibda Musauwar binti Shamsudin

Cik tinta biru,
Indah peribadimu,
Memikat qalbu.

Kau anugerah,
Terindah di dunia,
Permata jiwa.

Peribadimu,
Tauladan keluarga,
Aset berharga.

Moga dirimu,
Jadi dambaan syurga,
Dicinta Allah.

Aamiin.

| Khas Untukmu i'm tintaBiru |

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
27/10/2016
D'Hearty 3#

Ukhwah Mardhatillah

Dulu aku peramah,
Untuk sebuah ukhuwah,
Dijalin kerana Allah.

Lama aku diam,
Dek momen semalam,
Menghapus dendam.

Kini, sekali lagi,
Aku mematri janji,
Ukhuwah ukhrawi.

Moga janji terpatri,
Meraih redha Ilahi,
Mendiami syurgawi.

| Ukhwah Mardhatillah |

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
27/10/2016
D'Hearty 2#

http://Telegram.me/thepenciptakudihatiku

Luka Semalam

Tuhan,
Luka semalam belum sembuh,
Luka semalam masih berdarah,
Luka semalam masih bernanah,
Luka semalam terlalu parah.

Tuhan,
Aku mohon ambillah sekeping hati milikku,
Gantikanlah ia dengan yang baru,
Kerana hati ini inginku buang jauh,
Untukku rawat dan isi dengan cinta-Mu.

Tuhan,
Insan semalam yang telah memberi luka,
Dia pergi meninggalkanku begitu saja,
Tanpa bertanya apa lukaku parah,
Malah pergi dengan gelak ketawa.

Namun,
Aku berterima kasih padanya,
Mengajarkanku erti suka duka,
Membawa seribu kisah dan ibrah,
Dalam hidupku yang terkapai mencari redha-Mu Allah.

| Luka Semalam |

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
26/10/2016
D'Hearty 1#

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku

Gerbang Berpasangan, Bersediakah Aku?

Gerbang Berpasangan, Bersediakah Aku?--

Allah,
Aku belum bersedia untuk satu perhubungan,
Aku belum bersedia untuk satu kebersamaan,
Aku belum bersedia untuk satu tanggungjawab.

Tetapi,
Sampai kapankah ketidaksediaanku ini?
Sampai kapankah aku katakan tidak untuk kebersamaan?
Sampai kapankah aku akan berani untuk sebuah tanggungjawab?

Ya Allah,
Berikanlah aku kekuatan untuk satu persiapan,
Berikanlah aku ketabahan untuk hidup berpasangan,
Berikanlah aku keberanian untuk melaksanakan tanggungjawab.

Wahai kamu,
Aku ini punya banyak kekurangan,
Aku ini punya banyak kelemahan,
Aku ini kurang dari segi bimbingan dan jua persiapan.

Aku mohon,
Terimalah aku seadanya bukan apa adanya aku,
Bimbinglah aku ke jalan yang diredhai Tuhan,
Menerimaku bererti kamu jua menerima kedaifan keluargaku.

Seringkali kukatakan padamu bahawa aku tidak bersedia,
Akankah aku berani dan tabah untuk sebuah hubungan perkahwinan?

In shaa Allah.
Moga Allah permudahkan.

~ Insan Istimewa ~

Pilihlah Tuhanmu dan berbahagialah kamu.

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
25/10/2016
Pena Ungu 10#

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku

Hijab Seorang Perindu

Hijab Seorang Perindu--

Ya Rabb,
Aku hamba yang sering melupakan-Mu,
Aku hamba yang sering mendustakan-Mu,
Aku hamba yang sering mengabaikan suruhan-Mu,
Aku hamba yang sering melanggar larangan-Mu.

Ya Rabb,
Jauh di lubuk hati yang paling dalam,
Akulah hamba yang merindukan-Mu,
Aku ingin sentiasa dalam dakapan cinta-Mu,
Namun, rindu ini terus terhijab kerana khilafku,
Rindu ini terhijab kerana banyaknya dosaku.

Ya Rabb,
Diriku diterjah pelbagai persoalan,
Daku dihujani airmata penyesalan,
Bisakah terhapus semua,
Segala dosa noda yang bertakhta.

Dikala sepi bersendirian,
Mencari sinar dalam lorong kegelapan,
Airmataku berlinangan,
Kerana rindu ini yang terhijab tersimpan.

Ya Rabb,
Usah Kau biarkan diri ini,
Hanyut terleka di jiwa dunia membelenggu,
Lantas rantai yang menghijab rindu yang menggunung ini,
Dan aku sesungguhnya pasrah pada-Mu,
Hidup matiku hanyalah untuk-Mu.

Ya Rabb,
Hamba merayu kepada-Mu leraikanlah hijab seorang perindu,
Ampunkanlah segala dosaku yang lalu,
Sujudku hanya mendambakan keredhaan-Mu,
Tempatkanlah daku di dalam rahmat-Mu.

Ya Rabb,
Tunjukkanku jalan kebenaran,
Suburkan jiwaku dengan keimanan,
Hanya pada-Mu Ya Tuhan,
Diriku sandarkan harapan.

Ya Rabb,
Aku hanyalah seorang hamba,
Yang mendambakan Syurga Firdausi-Mu,
Lantaran banyaknya dosaku,
Pantaskah aku mengimpikan itu.

Ya Rabb,
Jentiklah hatiku dengan ujian-Mu,
Peluklah diriku dengan kasih sayang-Mu,
Rapatkanlah segala yang murni itu pada diriku,
Dan lekatkanlah hidayah-Mu erat-erat di dalam dadaku.

Ya Rabb,
Akulah seorang pendosa sejak dilahirkan,
Akulah pentaubat sejak berdosa,
Akulah penghijrah setelah meraih hidayah,
Dan akulah si perindu itu setelah aku lalai dengan dunia fatamorgana.

Ya Rabb,
Leraikanlah rantai yang menghijab rinduku ini,
Agar rinduku ini terubat sembuh di sisi-Mu,
Lantaran cinta dan kasih-Mu yang murni,
Tangisan rindu ini hanyalah untuk-Mu.

Allahumma anta robbi,
Zolamtu nafsi,
Wa ilam ta'fiqli,
Wa tarhamni,
La aku nan na minal khosirin.

Allahumma anta robbi,
A'an ni ni ala,
Zikrika was syukrika,
Wa husni min ibadatika.

Allahumma anta robbi,
Taqabbal minni du'a inni,
Innaka antas sami'ul alim,
Wa tub alaiya ya Allah innaka antas sami'ul alim.

Menangislah wahai hati,
Menangislah wahai diri,
Menangislah kerana sebuah kerinduan yang belum terlerai,
Menangislah untuk rindu yang masih terhijab kerana dosa yang merantai.

Ya Allah,
Akankah terlerai hijab seorang perindu ini.

Penciptaku Dihatiku feat Monolog Hidup

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
24/10/2016
Pena Ungu 9#

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku

Allah Yang Utama

Allah Yang Utama--

Bila ada hal yang membelenggu jiwa,
Khabarkan terlebih dahulu pada Allah,
Kerana Dia Maha Mengetahui lagi Nyata,
Segala ini ujian dari-Nya untuk memberi pakaian takwa kepada kita.

Semuanya atas kita,
Pilih Allah atau manusia.

Jika memilih manusia,
Lega bicara di situ saja,
Tetapi jika memilih Allah,
Segala masalah jadi mudah.

Dia-lah Allah Tuhan kita,
Dia-lah berkuasa ke atas segalanya,
Kerana Dia-lah Tuhan pemilik seluruh alam semesta.

Segala sesuatu yang hadir ini daripada Allah,
Dan semua ini akan kembali kepada-Nya semula.

Muhasabah berjemaah.

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
24/10/2016
Pena Ungu 8#

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku

Halawatul Henshin

Halawatul Henshin--

Dulu, aku rasa itu terpaksa tapi sekarang ia telah berubah menjadi cinta.

Dulu, aku rasa rimas melakukannya tapi sekarang aku rasa cemas bila meninggalkannya.

Dulu, aku rasa ini satu hukuman tapi sekarang baru aku faham bahawa ini untuk keselamatan.

Dan, ini adalah kerana kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya.

Syukur Allah Masih Cinta.

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
23/10/2016
Pena Ungu 7#

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku

Berdakwah Tanpa Adab

Berdakwah Tanpa Adab--

Dakwah,
Katamu kita perlu berdakwah,
Berdakwah menyambung perjuangan Nabi,
Demi kemaslahatan ummah,
Demi kecemerlangan agama,
Agar tertegak satu khilafah gemilang di bumi Allah.

Berdakwah,
Katamu kita perlu menyentap hati-hati yang mati,
Agar hati yang mati itu hidup kembali,
Agar hati yang mati itu tidak terlena lagi,
Agar hati yang mati itu bangkit menyambut seruan Ilahi.

Tetapi,
Apa kau sedar hati yang kau sentap itu hati seorang manusia,
Nabi tidak ajar untuk mengeji apatah lagi mencaci,
Nabi ajar mauizah hasanah seraya berdoa pada Allah,
Moga hati mereka dijentik hidayah-Nya.

Berdakwah,
Perlukan uslub yang benar yakni yang diajar Nabi,
Uslub yang dituntut Ilahi,
Uslub yang membuka hati Mad'u melalui seorang Da'ie.

Dakwah itu,
Ia membimbing bukan melempar lembing,
Ia membina bukan menghina,
Ia perlu sedikit sentap tetapi lebih banyak menyentuh.

Sentap sedikit tetapi jangan sampai membunuh hati mereka,
Tetapi sentuhlah dengan kata-kata yang membina semangat mereka,
Untuk mahu kembali ke siratul mustaqim,
Merujuk kalamullah Al-Hakim.

Ingatlah,
Kita ingin membina ummah bukan menghina mereka,
Kita ingin membimbing bersama bukan melempar lembing ke arah mereka,
Banyakkan menuntun bukan menghukum.

Kita mampu muhasabah dan mengubah.

In shaa Allah.

Inspirasi Mohamad Amirul Shafiq

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
23/10/2016
Pena Ungu 6#

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku

Epilog Seorang Marhaen

Epilog Seorang Marhaen--

Ya Allah,
Pandanglah aku bahawa aku hamba-Mu,
Kumohon Engkau terimalah penyerahan diriku,
Tidak kutahu bagaimana nanti keadaanku,
Saat nanti aku akan dipertemukan dengan-Mu.

Ya Habiballah,
Kumohon mengakulah bahawa aku umatMu,
Kenalilah aku dengan kasihMu,
Berikanlah syafaatMu padaku
Sungguh, tidak kutahu bagaimana nasibku tanpaMu.

Ya Allah,
Dakaplah hatiku agar sentiasa terpaut pada cinta-Mu,
Ya Rasulullah,
Didiklah jiwaku agar sentiasa terpaut pada sunnahMu.

Semoga cinta ini sentiasa terpaut,
Dengan Al-Qur'an Kalamullah,
Juga sunnahMu Ya Rasulullah.

Ya Allah,
Aku benar-benar merayu,
Terimalah aku sebagai Hamba-Mu.

Ya Rasulullah,
Aku benar-benar merayu,
Terimalah aku sebagai UmatMu.

Akankah aku diterima? 😔😔

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
22/10/2016
Pena Ungu 5#

Kumahukan Cinta Itu

Kumahukan Cinta Itu--

Kumahukan cinta itu yang menggerakkan gunung,
Kumahukan cinta itu yang membelah lautan,
Kumahukan cinta itu yang membuat angin gementar,
Kumahukan cinta itu yang mengaum penuh semangat seperti guruh,
Kumahukan cinta itu yang akan membangkitkan orang mati,
Kumahukan cinta itu yang mengangkat kita ke langit,
Kumahukan cinta itu yang menyingkap kesunyian hati.

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
21/10/2016
Pena Ungu 4#

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku

Ibadat VS Maksiat

Ibadat Vs Maksiat --

Wahai manusia,
Ibadat dan maksiat tiada jalan bersatu,
Ibarat air dan api tidak boleh bersatu,
Ibarat sejuk dan panas tidak hadir bersama.

Ibadat itu,
Jalan kau menuju Tuhan,
Laksanakan suruhan Tuhan,
Lorong kau menuju kepada sebuah keredhaan.

Maksiat itu,
Jalan kau menuju syaitan,
Mengabaikan perintah Tuhan,
Lorong kau menuju kepada sebuah kermurkaan.

Diberi pilihan,
Raih redha Allah atau murka-Nya,
Menuju syurga atau neraka,
Semuanya atas diri kita.

Kau tahu,
Kau yang harus memilih,
Jalan bahagia atau derita,
Bahagia bersama di syurga-Nya yang hakiki,
Atau derita berpisah siksa di neraka-Nya yang kekal abadi.

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
21/10/2016
Pena Ungu 3#

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku

Kilat Kenangan

Kilat Kenangan --

Hamba,
Dengarkan kilat itu,
Kilat kuasa Tuhanmu.

Kilat itu,
Membawa ingatan,
Kepada momen-momen semalam.

Jangan ragu,
Tuhanmu Allah yang berkuasa,
Segala sesuatu dalam jagaan-Nya.

Yakinlah,
Andai itu ketentuan Ilahi,
Pasti akan kau miliki.

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
19/10/2016
Pena Ungu 2#

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku

@thepenciptakudihatiku

Rindu

Rindu --

Tuhan,
Rindu ini terus memburu,
Pada insan kerdil sepertiku.

Tuhan,
Leraikanlah rindu ini,
Yang menapak di sekeping hati,
Milik kepada jasad ini.

Moga-moga,
Rindu ini terus terpatri,
Pada insan yang setia menanti,
Dalam ikatan pasti,
Yakni kekal abadi,
Menuju Syurgawi.

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
19/10/2016
Pena Ungu 1#

@thepenciptakudihatiku

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku

Kalam Perindu Tuhan

Termenung aku sendirian,
Memikirkan soal kehidupan,
Bagaimanakah sebuah pengakhiran,
Dalam kehidupanku Tuhan.

Takut untukku menceritakan,
Tentang sebuah kehidupan,
Aku yang selalu melupakan-Mu Tuhan,
Dalam kehidupanku seharian.

Kadangkala solat kulambatkan,
Kalam-Mu jarang kutadabburkan,
Sungguh hina hamba-Mu ini Tuhan,
Susah untuk rasa terkilan,
Dengan apa yang dia lakukan.

Ya Allah,
Ampuni daku,
Jentikkan hatiku dengan petunjuk-Mu,
Tunjukkan jalan lurus untukku,
Kuatkan aku untuk berjuang di jalan-Mu,
Sebagai bekalan sewaktuku bertemu dengan-Mu,
Sehingga tiba waktunya hari perhitunganku.

Kalam Perindu Tuhan.

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
21/10/2016

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku

Janji Tuhan

Terlalu sarat dengan ujian,
Insan itu jatuh kelemahan,
Minta kekuatan dari Tuhan,
Pasti akan ada kebangkitan.

Janji tuhan itu pasti,
Setiap permintaan akan dikabulkan,
Cepat atau lambat Dia yang tentukan,
Teruslah istiqamah meminta kekuatan .

Pernah saja tersungkur rebah,
Namun sampai bila harus lemah,
Mari bangkit dengan kekuatan teguh,
Yang telah dipinjamkan oleh Allah.

Seringkali kelemahan membayangi diri,
Merasuki jiwa yang kosong tidak berisi,
Namun firman Allah menyedarkan diri ,
Tidak Akan di ubah nasib seseorang melainkan dia mengubahnya sendiri.

Lalui kehidupan dengan senyuman,
Kerna akan ada kebahgiaan,
Yang akan dihadiahkan Tuhan,
Andai kau harunginya dengan kesabaran.

Semuanya anugerah dari Illahi,
Bersyukurlah dengan apa yang di beri,
Setiap kebaikan dan keburukan ada hikmahnya,
Yakinlah setiap kesusahan ada kesenangan,
Itulah janji dari Rabbul Izzati..

Puisi Kolaborasi,
|| Hamba Yang Lemah ||

21Okt2016;2059p.m

#KalamSiPemuisi
@TheKSP

Karya adalah Jiwa

Aksaraku bukannya puisi,
Tetapi ia karya dari hati,
Melantun cinta untuk Ilahi,
Ibrah dari diri untuk mengabdi.

Diksiku tidak gramatis,
Penaku tidak puitis,
Namun kubiar jemari berbicara,
Meluah rasa menjadi tinta.

Jangan persoal bilaku menarikan pena dahulukan Al-Mubdi,
Kerana niatku hanya ingin mengejutkan hati dan jiwa yang telah mati.

| Karya adalah Jiwa |

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
26/10/2016 , 06:01PM

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku

Ahad, 4 Disember 2016

Aku MencemburuiNya, Muhammad Insan Mulia

Aku cemburu pada Muhammad,
Dia kekasih Allah Rabbul Izzati,
Disayangi makhluk bumi,
Dikasihi penduduk langit.

Aku cemburu pada Muhammad,
Elok peribadinya mengundang sayang,
Sopan tutur katanya mengundang tenang,
Tenang hatinya mengundang senang.

Aku cemburu pada Muhammad.

Sungguh aku cemburu padaNya,
Penat lelahnya diadu hanya kepada Tuhan,
Dihina dicaci disakiti semua dirasainya,
Tapi tetap ketenangannya menggetar sukma.

Diamnya di tengah malam,
Sujudnya dalam kelam,
Menanti siang yang bakal menguras tenaganya,
Lagi Dia hanya mengadu pada Tuhan.

Sungguh aku mencemburuiNya.

Pada senyumanNya,
Tatkala Dia disakiti oleh yahudi yang membenci mahupun keluarganya sendiri,
Tatkala direnggut leherNya dan najis diletakkan padaNya,
Tatkala batu mencederai anggota tubuhNya.

Masih Dia berdoa,
Agar tidak disakiti kaumNya,
Bahkan diberi hidayah oleh Tuhan,
Betapa kasihNya Baginda kepada umatNya.

Aku cemburu pada kemurnian hati Muhammad,
Pada baik sangkaanNya,
Pada baik pergaulanNya,
Pada setiap tingkah lakuNya
Terhadap sahabat dan musuhNya.

Aku cemburu,
Bukan kerana Dia seorang Rasul,
Tapi kerana masih rendah hatiNya,
Walau diangkat darjat di sisi Tuhan.

Lalu dalam cemburu,
Aku belajar mencintai seorang Muhammad.

Dinukilkan khas buat Nuraini Rahman.

Al Khuwaidimah,
Lizawatie | Penciptaku Dihatiku
04122016 | 0745AM

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku