Isnin, 5 Disember 2016

Epilog Seorang Marhaen

Epilog Seorang Marhaen--

Ya Allah,
Pandanglah aku bahawa aku hamba-Mu,
Kumohon Engkau terimalah penyerahan diriku,
Tidak kutahu bagaimana nanti keadaanku,
Saat nanti aku akan dipertemukan dengan-Mu.

Ya Habiballah,
Kumohon mengakulah bahawa aku umatMu,
Kenalilah aku dengan kasihMu,
Berikanlah syafaatMu padaku
Sungguh, tidak kutahu bagaimana nasibku tanpaMu.

Ya Allah,
Dakaplah hatiku agar sentiasa terpaut pada cinta-Mu,
Ya Rasulullah,
Didiklah jiwaku agar sentiasa terpaut pada sunnahMu.

Semoga cinta ini sentiasa terpaut,
Dengan Al-Qur'an Kalamullah,
Juga sunnahMu Ya Rasulullah.

Ya Allah,
Aku benar-benar merayu,
Terimalah aku sebagai Hamba-Mu.

Ya Rasulullah,
Aku benar-benar merayu,
Terimalah aku sebagai UmatMu.

Akankah aku diterima? 😔😔

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
22/10/2016
Pena Ungu 5#

Tiada ulasan:

Catat Ulasan