Isnin, 5 Disember 2016

Kisah Seorang Hamba

Tuhan,
Aku si hamba hina,
Selalu meminta-minta,
Agar diberi bahagia,
Tapi tak cukup usaha.

Aku juga si hamba lemah,
Sering rebah dan lelah,
Tersungkur jatuh bila diuji,
Sedikit ujian punca duniawi.

Tuhan,
Aku si hamba tidak tahu malu,
Sering merayu-rayu pada-Mu,
Meminta ini dan itu,
Tanpa "membersihkan" diriku dahulu.

Akulah si hamba fakir,
Yang kurang berfikir,
Sering mundar-mandir,
Sehingga "masa" berakhir.

Sedar tapi tak insaf,
Ah! Kau si hamba harus bertindak cepat,
Kau perlu minta maaf,
Sebelum kau dicabut nyawa oleh Malaikat.

Sebelum terlambat,
Cepat bertaubat,
Persiapkan akhirat,
Semoga berkat.

Aamiin.

| Kisah Seorang Hamba |

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
01/11/2016
D'Hearty 9#

http://Telegram.me/thepenciptakudihatiku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan