Isnin, 5 Disember 2016

Qudwah Qabla Dakwah

Sentap,
Katamu sentap itu perlu,
Untuk memanggil jiwa melulu,
Kembali ke jalan yang Satu,
Hajat ummah menyatu.

Pernah kau terfikir,
Hati manusia tidak sama,
Penerimaan mereka berbeza,
Sentap belum tentu membangun jiwa,
Kau perlu ubah kaedah dakwah.

Berdakwah bukan hanya menyentap,
Kerana dakwah itu adalah seni,
Ia punya pelbagai cara dan variasi,
Dan kau perlu tahu yang bakal kau sentuh adalah hati.

Wahai Da'ie,
Dakwah punya pelbagai cara,
Teladan sebelum dakwah itu antaranya,
Ibaratkanlah kau berdakwah pada diri sendiri,
Agar kau dapat menyentuh hati dan jiwa yang mati.

Pesanku buatmu wahai para da'ie yang disanjungi,
Bila berdakwah jangan lupa letak diri dalam situasi Mad'umu,
Agar kau faham apa yang dia perlukan saat ini,
Maka, terbentuklah sebuah ummah yang kukuh dan utuh.

| Qudwah Qabla Dakwah |

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
04/11/2016 , 05:47PM

http://Telegram.me/thepenciptakudihatiku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan