Rabu, 4 Mei 2016

Bait Indah Buat Insan Tercinta

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام ءليكؤم ورحمتوالله وبركاتوه
Nukilan Jiwa Buat Insan Tercinta Yang Berjuang Di Bumi Allah.

Buat ummi dan walid yang ana cintai,
Tiada satu pun yang mampu buat kalian bangga pada diri anakmu ini kerana ana sedar dari dulu hingga sekarang ana masih di sini tiada apa-apa bakti lagi dan bukan ana tak mencuba tapi mungkin itulah kemampuan diri ini.

Buat kakak dan abang yang ana sayangi,
Juga tiada sepersen pun yang patut kalian bangga pada adik kalian ini. Ana hanya berlagak suci tetapi sungguh kerdil dan kotor hati tak sebersih yang kalian hajati. Tapi, tak pernah lelah diri ini mencari, kerana ana takut abdi diri yang tidak sejati di dunia ini aka nana tangisi di akhirat nanti.

Sungguh, hanya itu yang ana termampu,
Maafkanlah,
Maafkanlah,
Maafkanlah.

Buatmu insan yang tercipta sebagai pasangan hidup yang dinanti,
Ana tidak tahu nak sebut apa gelaran namamu kerana ana tidak tahu keberadaanmu juga siapa nasab keturunanmu, ana tidak tahu bilakah kita akan bersatu dan juga tidak tahu sempatkah kita bertemu di dunia fatamorgana ini.
Kini,
Ana berusaha menjadi baik walau sedar ana punya dosa dan cuai yang menggunung. Ana berperang dengan semuanya setelah hijrahnya diri ini yang tidak pernah dimimpi tapi sungguh ana syukuri. Andai engkau di hadapan mata, ingin sungguh ana memohon seinfiniti maaf. Ana tak semulia Sayyidatina Khadijah yang dirindui Rasulullah SAW tapi jejaknya sedaya upaya ana jejaki. Tidaklah ana bermalas dan bermuram durja saja tika lewatnya takdir pertemuan yang direncana Ilahi.
Ana cuba bertabah kerana sedar diri ini penuh dengan kecacatan dan kekurangan. Namun begitu, tetap jua haluan kita sama untuk meraih redha Allah hingga menuju Syurga milik-Nya.
Ya Ruhi,
Ana tidak tahu namamu, ana pinta kepadamu, andai ana membuatmu malu dan segan di dunia atas karenah dan tingkah laku ana, ana mohon ampunkan ana dan dapatlah kiranya di Syurga nanti ana menjadi bidadari yang akan membuatmu bangga dan bahagia walau ana penuh dengan kekurangan.

Kalam Cinta,
Daripada seorang Al-Khuwaidimah,
Hamba-Nya, Lizawatie binti Mihamzah,
Seorang pendosa penuh noda.
InshaaAllah, seorang tawwabeen,
Pendosa sejak baligh,
Pentaubat sejak berdosa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan