Khamis, 20 Oktober 2016

Surat Cinta Keenam

Isi hati, Rahsia yang Tersembunyi.

Apakah hikmah Allah menyembunyikan isi hati manusia daripada manusia yang lainnya?

Tahu? Saya cuba bertanya kepadanya.

Saya cuba memberi penerangan yang lebih baik kepadanya agar dia lebih faham.

Andai kita telusuri hikmah Tuhan merahsiakan isi hati sesama insan daripada pengetahuan insan lain tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk sebuah ketenangan.

Betapa pengasihnya Tuhan kepada kita sehinggakan apa yang kita detikkan di dalam hati pun Dia sembunyikan daripada pengetahuan insan lain. Bukankah itu satu ketenangan? Allahu Ya Malik.

Pernahkah terlintas dek akal andai apa yang kita rasakan dapat dibaca orang lain? Dan bagaimana pula halnya jika kita dapat membaca isi hati orang lain terutamanya pandangan terhadap orang tersebut pada kita? Pernah terfikir?

Usah dirungkai kuasa Tuhan,
Usah dipertikai agungnya Tuhan.

Allah Maha Pengasih kepada hamba-hamba-Nya. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang Tuhan kurnia. Segala sesuatu ada hikmahnya. Apapun, cuba didik hati bersangka baik. Simpan yang baik-baik sahaja dalam hati kita. Kerana hati itulah yang Allah lihat pada diri kita. Hati itu sesuatu yang berharga dan amat mahal nilainya hingga tidak terkira kerana sesuatu yang boleh disimpan dalam hati itu nilainya "error" atau infiniti. Betapa beruntungnya kita si hamba Allah.

Hati,
Ia sekeping daging yang ada pada kita,
Baik kita, maka baiklah ia,
Buruk kita, maka buruklah jadinya hati itu.

Isi hati,
Sesuatu yang tersembunyi,
Bila tersembunyi, maka ia berharga,
Jadi simpanlah yang "berharga" itu pada hal yang baik-baik sahaja.

Kerana isi hati,
Itulah yang dinilai Ilahi,
Dalam diri setiap insani.

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
16/10/2016
Surat Cinta Keenam ♡

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan