Isnin, 5 Disember 2016

Hijab Seorang Perindu

Hijab Seorang Perindu--

Ya Rabb,
Aku hamba yang sering melupakan-Mu,
Aku hamba yang sering mendustakan-Mu,
Aku hamba yang sering mengabaikan suruhan-Mu,
Aku hamba yang sering melanggar larangan-Mu.

Ya Rabb,
Jauh di lubuk hati yang paling dalam,
Akulah hamba yang merindukan-Mu,
Aku ingin sentiasa dalam dakapan cinta-Mu,
Namun, rindu ini terus terhijab kerana khilafku,
Rindu ini terhijab kerana banyaknya dosaku.

Ya Rabb,
Diriku diterjah pelbagai persoalan,
Daku dihujani airmata penyesalan,
Bisakah terhapus semua,
Segala dosa noda yang bertakhta.

Dikala sepi bersendirian,
Mencari sinar dalam lorong kegelapan,
Airmataku berlinangan,
Kerana rindu ini yang terhijab tersimpan.

Ya Rabb,
Usah Kau biarkan diri ini,
Hanyut terleka di jiwa dunia membelenggu,
Lantas rantai yang menghijab rindu yang menggunung ini,
Dan aku sesungguhnya pasrah pada-Mu,
Hidup matiku hanyalah untuk-Mu.

Ya Rabb,
Hamba merayu kepada-Mu leraikanlah hijab seorang perindu,
Ampunkanlah segala dosaku yang lalu,
Sujudku hanya mendambakan keredhaan-Mu,
Tempatkanlah daku di dalam rahmat-Mu.

Ya Rabb,
Tunjukkanku jalan kebenaran,
Suburkan jiwaku dengan keimanan,
Hanya pada-Mu Ya Tuhan,
Diriku sandarkan harapan.

Ya Rabb,
Aku hanyalah seorang hamba,
Yang mendambakan Syurga Firdausi-Mu,
Lantaran banyaknya dosaku,
Pantaskah aku mengimpikan itu.

Ya Rabb,
Jentiklah hatiku dengan ujian-Mu,
Peluklah diriku dengan kasih sayang-Mu,
Rapatkanlah segala yang murni itu pada diriku,
Dan lekatkanlah hidayah-Mu erat-erat di dalam dadaku.

Ya Rabb,
Akulah seorang pendosa sejak dilahirkan,
Akulah pentaubat sejak berdosa,
Akulah penghijrah setelah meraih hidayah,
Dan akulah si perindu itu setelah aku lalai dengan dunia fatamorgana.

Ya Rabb,
Leraikanlah rantai yang menghijab rinduku ini,
Agar rinduku ini terubat sembuh di sisi-Mu,
Lantaran cinta dan kasih-Mu yang murni,
Tangisan rindu ini hanyalah untuk-Mu.

Allahumma anta robbi,
Zolamtu nafsi,
Wa ilam ta'fiqli,
Wa tarhamni,
La aku nan na minal khosirin.

Allahumma anta robbi,
A'an ni ni ala,
Zikrika was syukrika,
Wa husni min ibadatika.

Allahumma anta robbi,
Taqabbal minni du'a inni,
Innaka antas sami'ul alim,
Wa tub alaiya ya Allah innaka antas sami'ul alim.

Menangislah wahai hati,
Menangislah wahai diri,
Menangislah kerana sebuah kerinduan yang belum terlerai,
Menangislah untuk rindu yang masih terhijab kerana dosa yang merantai.

Ya Allah,
Akankah terlerai hijab seorang perindu ini.

Penciptaku Dihatiku feat Monolog Hidup

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
24/10/2016
Pena Ungu 9#

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan