Khamis, 28 Mei 2020

NAAN Qawi (Part 1)

NAAN Qawi.

Part 1--

***

"Eh! Maafkan saya, saya tak sengaja. Aduh, aku terlanggar oranglah pula. Monolog hati NAAN."

Dia memperkenalkan dirinya kepada budak yang dilanggarnya tadi. "Nama saya NAAN atau boleh panggil Nur, budak tahun akhir di UITM Dungun negeri Darul Iman ini. Nama awak? Nama saya Hannah Auliya, budak baru nak belajar dekat universiti ini. Selamat berkenalan kak." Mereka saling bersalaman. Siapa sangka pertemuan langgar jasad ini membuahkan hubungan persahabatan. Ya mungkin begitulah.

Masing-masing meminta diri dan mengambil haluan untuk ke fakulti pengajian yang dipilih. Sepanjang perjalanan NAAN membaca surah Al-Fatihah berulang kali kerana tempoh perjalanan ke fakulti pengajiannya memakan masa yang agak lama. Sesambil dia berjalan, dia berzikir. Dia tidak suka mensia-siakan masa yang terluang. Bak kata pepatah, menyelam sambil minum air.

Akhirnya sampai jua aku ke kelas. Alhamdulillah. Prof tak masuk lagi. Boleh sambung ulangkaji. MasyaAllah, penat yang terlalu. Dia membuka beg sandangnya lalu mengambil nota pek yang dibuatnya semalam.

Kringgg !!!

Selesai kelas, NAAN terus meluru keluar menuju ke arah surau. Tidak diduga, dia bertemu lagi dengan Hannah Auliya.

"Eh! Hannah. Kita bertemu lagi. Maaf tadi tak sempat nak berbual panjang. Saya bergegas ke kelas takut telat. Maaf ya. Ini Allah dah bagi peluang, bolehlah kita berkenalan dengan lebih rapat ya," ujar NAAN.

"In shaa Allah kak. Akak dekat sini ambil kos pengajian apa? Nampak macam bukan kos biasa-biasa ja." Ujar Hannah.

"Akak ambil kos usuluddin. Agak mencabarlah juga. Bolehlah. Sesuai dengan jiwa akak." Jawab NAAN sambil tersengih.

Karya/Kredit:
Lizawatie Mihamzah.

http://t.me/thepenciptakudihatiku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan