Khamis, 26 Oktober 2017

NAAN Qawi (Part 13 - Akhir)

NAAN Qawi.

Part 13-- (Part akhir)

Hari yang dinanti-nanti telah tiba, debar di hati tak terkata. NAAN sangat indah di hari bahagia dengan memakai jubah putih berlabuci emas sepadan dengan tudung dan purdahnya. Azid pula sudah sedia di hadapan tok kadi untuk melafaz kalimah agung pertautan dua jiwa yang bakal disatukan.

Rasa debar di hati Azid dan NAAN tidak dapat digambarkan.

"Awak sudah bersedia?" Tanya tok kadi kepada Azid.

Azid hanya menganggukkan kepala tanda mengiyakan.

Mulut terketar tidak tergambar apatah lagi hati merasa yang lebih akbar dari itu. Namun digagahi jua.

"Bismillahirrahmaanirrahiim. Aku terima nikah Nur Aznira binti Ahmad Najamuddin dengan mas kahwin RM22.50 dibayar tunai." Dengan sekali lafaz, kini NAAN sah menjadi bidadari kepada Azid Zayyan bin Muhammad Kamal.

Hari bahagia itu disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak juga saudara mara dan sahabat handai. Tidak ketinggalan juga sahabat kesayangan NAAN, Hannah Auliya.

"Habib, terima kasih sebab tetap setia menanti Nur dan tidak pernah mengganggu Nur sepanjang tempoh lepas Nur mengungkap janji. Dan terima kasih juga menerima Nur seadanya." Ungkap NAAN pada suaminya itu.

"Alhamdulillah. Hati ini Allah yang jaga dan gerakkan. Habib cintakan Nur kerana Allah. Engkau kini bertakhta dalam jiwa yang terlalu mendamba.
Berbahagialah. Kerana Tuhan mengerti apa yang kita rasakan Nur. Segala dugaan yang datang bertamu dalam hidup kita, ketahuilah kita bakal bertemu dan menyingkap janji-janji Allah. Nur masih ingat tak habib pernah bagi memo ungu pada Nur?" Tanya Azid kepada isteri kesayangannya itu.

"Mestilah ingat. Memo itulah yang Nur akan cari selain surat cinta-Nya tiap kali airmata ingin jatuh dan futur mula menguasai diri Nur." Ujar NAAN.

"Boleh bacakan untuk habib sekali ini?" Soal Azid.

"Mestilah boleh." Jawab NAAN.

"Kebahagiaan itu akan kau raih bila kau redha dengan ketentuan Tuhan. Sesungguhnya Tuhan amat cinta pada jiwa yang terhiris oleh dugaan bila inti syukur dan sabar menjadi hamparan dalam memburu sebuah keredhaan."

"Betul tak habib?" Tanya NAAN pula.

"Sohih jiddan sayangku. Semoga rumahtangga kita sentiasa terpelihara dalam cinta-Nya dan bahagia dalam redha-Nya. Aamiin. Untuk kesekian kali ini, ana Azid Zayyan bin Muhammad Kamal amat mencintai dan mengasihi insan yang diberikan nama Nur Aznira binti Ahmad Najamuddin a.k.a NAAN kerana Allah." Ungkap Azid kepada bidadari kesayangannya itu.

-TAMAT-

Karya/Kredit:
Lizawatie Mihamzah

http://t.me/thepenciptakudihatiku

1 ulasan: