Khamis, 20 Oktober 2016

Surat Cinta Kedua

Dia bertanya kepadaku,

Apakah pengakhiran kepada kehidupan yang lebih baik pada zaman ini?

Dengan nama Tuhan, aku cuba memberi jawapan yang baik kepadanya.

Tiadalah kehidupan yang lebih baik di atas bumi ini jika tiada landasan yang benar dalam menuju Tuhan.

Tiadalah pengimarahan yang lebih utama selain mengimarahkan hati dan jasad terlebih dahulu.

Tiadalah kebaikan yang sempurna jika niatnya tersasar kepada perkara lain melainkan ia ditajdidkan hanya kerana Allah.

Kamu faham apa yang saya cuba sampaikan?

Hidup ini hanya kerana Allah. Mari saya tunjukkan kepada kamu, apa yang saya cuba sampaikan,

Allah SWT berfirman:

قُلْ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ الْعٰلَمِينَ
"Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."
(QS. Al-An'am: Ayat 162)

Mengerti kamu?

Kehidupan kita di dunia pasakkan hanya kerana Tuhan. Tiadalah kehidupan yang lebih baik jika bukan kerana Allah. Hidup ini sia-sia jika bukan untuk meraih keredhaan Allah.

Dan, tiadalah pengakhiran hidup yang lebih baik selain HUSNUL KHATIMAH. Dan untuk meraih husnul khatimah, kita harus bunuh bintik-bintik jahiliah dalam diri. Kerana CINTA Allah takkan hidup dalam hati yang ada bakteria jahiliah.

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
12/10/2016
Surat Cinta Kedua ♡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan