Khamis, 20 Oktober 2016

Surat Cinta Pertama

Putus asa.

Sesiapa sahaja pernah putus asa. Tapi bagaimana cara kita mengatasi rasa putus asa itulah yang membezakan kita.

Lain orang lain caranya. Ada orang putus asa, dia suka berkongsi masalah dengan kawan dia. Ada orang putus asa, dia suka menyendiri, meluah pada Tuhannya. Ada orang putus asa, dia suka menulis, menangis dan sebagainya.

Bagaimanapun kita rasa putus asa terhadap sesuatu hal itu, janganlah sesekali melakukan hal yang boleh membawa kepada kemurkaan Allah. Tadabburlah kalam Tuhanmu, in shaa Allah muhasabah.

Allah SWT berfirman:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوٓا أَنْ يَقُولُوٓا ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
(QS. Al-'Ankabut: Ayat 2)

Allah SWT berfirman lagi:

وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ  ۖ  فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكٰذِبِينَ
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."
(QS. Al-'Ankabut: Ayat 3)

Bacalah dengan nama Tuhanmu, dan kuatlah kamu wahai hamba. Jangan pernah putus asa. Andai rasa itu menghampir, segeralah tepis. Jangan biarkan diri kita tenggelam dalam gelombang futur. Makhluk-Nya yang satu ini; Iblis, amat suka kepada manusia yang putus asa. Dan mulalah menerbitkan rasa tidak yakin dalam diri kita terhadap ketentuan Allah. Na'uzubillahiminzalik.

Jadi, bangkitlah wahai hati, bangunlah wahai jasad. Jangan biarkan dirimu dibelenggu rasa futur, rasa tidak yakin, rasa ingin menyalahkan takdir. Pandanglah ujian dengan berhikmah, Allah pasti selitkan hadiah.

Qawi! Hamasah! Bangkitlah kerana Allah. Jangan futur.

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
12/10/2016
Surat Cinta Pertama ♡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan