Khamis, 20 Oktober 2016

Surat Cinta Ketiga

La tahzan. Dengki itu sudah wujud sejak dahulu kala.

Saya cuba terangkan kepadanya tentang jawapan saya berikan itu agar dia lebih faham. In shaa Allah.

Hayati bait ini,

Rakuslah terhadap segala keutamaan dan berusahalah meraihnya,
Jauhilah orang yang sering menyalahkan atau selalu dengki,
Ketahuilah, sepanjang umurmu adalah saat yang tepat untuk taat,
Suatu saat akan terbalik dan hanya kematian yang boleh menghentikan kedengkian.

Seorang ulama pernah berkata; "Kepada mereka yang sensitif terhadap sebarang kritikan disarankan agar mereka menuangkan sesuatu yang dingin ke dalam sarafnya ketika menghadapi kritikan zalim lagi jahat."

Faham?

Saya cuba rungkai satu persatu agar mudah difahami.

Buat kita yang berhati lembut, mudah terasa, mintalah pada Allah semoga diberi kekuatan hati. Apapun fitnah dan tohmahan, caci dan keji yang dilemparkan, mohonlah sungguh-sungguh pada Allah agar diberikan kesabaran, ketabahan dalam menghadapi segala mehnah dan tribulasi. Hiduplah sebagai hamba yakni sebenar-benar hamba kepada penciptanya.

Tiupkan aura positif dalam diri. Apapun kejian, jadikan ia sebagai pembakar semangat bukan pembunuh usaha. Hidup ini jika semata-mata untuk kita meraih pandangan manusia, saya ucapkan terlebih dahulu selamat menderita. Sia-sia sahaja usaha islah diri kita.

Al-Mutanabbi pernah berkata;

Angan-angan seorang pemuda adalah bagaimana hidup dua kali,
Keinginannya adalah bagaimana mencari kekuatan fizik dan keutamaan hidup baginya adalah sibuk dengan segala aktivitinya.

Hukama' mengatakan; "Seorang pengecut mati beberapa kali. Sedangkan, pemberani hanya mati sekali."

Soalnya, mengapa kita tidak mahu jadi seperti si pemberani itu? Hadapilah ujian hidup ini dengan kuat dan tabah kerana kebenarannya kita hanya hidup sekali sahaja sepanjang perjalanan ini.

Abaikan saja si pendengki hakiki itu sendiri, bangkitlah dan raihlah cinta Tuhan sejurusnya berbahagialah. Sudah. Tenang. Senyum. Jangan bersedih lagi.

Ingat, janji Allah itu P A S T I .

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
13/10/2016
Surat Cinta Ketiga ♡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan