Khamis, 20 Oktober 2016

Surat Cinta Kelapan

"Partner in Crime" sahabat sejatiku.

Tidak semua orang mampu bersama dengan kita pada kala senang dan juga susah. Sesiapa sahaja yang ikhlas bersamamu pada saat kau kesusahan, maka genggamlah dia erat-erat dan syukurilah nikmat Tuhan. Bukan mudah mencari kawan yang sesetia itu, sampai ke tahap itu dia bersamamu. Maka, kasihilah dia, sayangilah dia dan hargailah dia. Saling membimbinglah kalian dalam lorong-lorong keimanan, dalam jalan-jalan menuju Tuhan. Realisasikanlah ukhuwah itu seperti ukhuwah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.

Allah SWT berfirman:

الْأَخِلَّآءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ
"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)."
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 67).

Jadikanlah ukhuwah yang kita jalin di dunia ini menjadi pembela kita di Mahsyar nanti dan berkasih sayanglah sesama kita kerana tidaklah sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.

 

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ

خَادِمِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم

عَنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم

قَالَ: "لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ".

رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ [رقم:13]، وَمُسْلِمٌ [رقم:45].

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Sahabat,
Janji ini terpatri kerana Tuhan,
Kaulah sahabat kaulah teman,
Andai aku lupa, kau peringatkan,
Andai aku jatuh, kau tiupkan semangat perjuangan,
Andai aku lemah, kau tolong kuatkan tentang Tuhan.

Sahabat,
Janji ini jua terpatri kerana Tuhan,
Aku sayang kau atas asma' Allah,
Kita saling membimbing hingga ke Jannah-Nya,
Ingat, janji Allah itu pasti,
Moga kita bertemu di syurga Allah yang kekal abadi.

In shaa Allah wa bi'iznillah.

Buat insan-insan teristimewa dan orang-orang hebat.

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
18/10/2016
Surat Cinta Kelapan ♡

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan