Khamis, 20 Oktober 2016

Surat Cinta Kesembilan

"Insan Terbuang"

"Kenapa memilih tajuk itu?" Dia bertanya padaku. Jawabku hanya satu, kerana ia satu hal yang amat unik dan indah. Ia memberi ibrah kepada insan sepertiku yang rindukan tarbiah Tuhan, aku yang rindukan kasih dan cinta Tuhan. Aku ingin kembali kepada Tuhan.

Dia hanya tersenyum mendengar jawapanku seraya berkata, "Pasti ada sesuatu yang indah dan hebat pukulannya yang berlaku dalam kehidupanmu bukan?" Aku sekadar mengiyakan kata-katanya.

Kuceritakan padamu, kenangan semalam yang aku lewati telah banyak membawa ibrah dalam kehidupanku. Tangisanku menjadi penguat agar aku dapat melalui momen-momen semalam lewat insan-insan yang aku sayang pergi meninggalkanku.

Aku sering bermonolog pada Tuhan agar Dia menunjukkan kasih sayang-Nya padaku, selainnya aku pinta agar aku diberi kekuatan dan sentiasa diredhai.

Ternyata Tuhan sungguh cinta padaku kerana segala ujian yang datang bukan saja melamar tetapi membawa luka lantas meninggalkan kebahagiaan yang amat kuharapkan. Kebergantungan pada takdir yang telah Tuhan tentukan.

Tidak mahu kuceritakan kisah semalam yang telah aku lalui, cuma aku ingin titipkan pesan, "Jangan pernah jatuh andai kita 'insan terbuang' pada kehidupan manusia, kerana Allah tidak pernah beralasan untuk berhenti memberikan kasih sayang kepada kita sebagai hamba-Nya."

Kuatlah untuk teruskan perjuangan,
Meskipun menjadi terbuang pada mata insan,
Kerana hidup ini bukan sekadar untuk tangisan,
Tetapi untuk pengorbanan yang inputnya kekuatan,
Dan untuk suatu kebahagiaan hakiki di sisi Tuhan.

Warkah insan,
Penciptaku Dihatiku.
19/10/2016
Surat Cinta Kesembilan ♡

https://telegram.me/thepenciptakudihatiku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan