Khamis, 26 Oktober 2017

NAAN Qawi (Part 10)

NAAN Qawi.

Part 10--

"Fuh! Lega hati." Luah NAAN.

Surat itu berjaya diserahkan kepada Amir Iskandar melalui seorang budak lelaki yang kebetulan lalu di tepi meja mereka.

"Harap-harap tiada lagi gangguan hati dalam perpustakaan ini." Kata Hannah.

***

"Hannah, minggu ini jadual NAAN padat. Dari pagi hingga ke malam ada kelas. Sebab dah nak dekat final exam kan, so busy memanjang mungkin tak banyak masa kita akan bertemu mata. Hannah pun sama kan. Final exam untuk tahun satu." Terang NAAN pada Hannah.

"Oh! Tak apalah. Hannah faham sangat. Ya. Hannah pun sama. Final exam juga tapi untuk tahun satu. Mesti lagi mencabar kan exam untuk tahun akhir. Hannah doakan NAAN takkan berhenti berusaha sebelum semuanya berakhir. Aamiin." Ujar Hannah.

"Syukran ya habibati Hannah. Buat Hannah juga. Do the best, lets Allah do the rest. Tawakkal jangan henti, usaha tanpa tapi. Tawakkal ni kita kena mula sepanjang kehidupan kita. Di samping itu, doa jangan tinggal. Nak usaha, doa dan tawakkal mendahului. Nak berjaya, berusahalah sehabis baik. Allah pasti berikan hadiah yang terindah dan berharga buat mereka yang bertawakkal pada Alla di sepanjang perjalanan hidup ini. Allah is anytime in life. Nothing change without Allah greatest." Ujar NAAN panjang lebar.

"Keluar dah falsafah dia tu. Hehe" Kata Hannah.

"Semua ni dengan Hannah ja. Sebab Hannah kan kesayangan NAAN. Asal Hannah tahu, NAAN sayang Hannah kerana Allah. NAAN doa moga persahabatan kita kekal untuk selama-lamanya hingga ke syurga Allah. Hee." Ujar NAAN.

"Allahumma aamiin. Semoga ada keredhaan untuk persahabatan kita. In shaa Allah Hannah takkan lupakan NAAN meskipun NAAN akan berkahwin suatu hari nanti. Hahaha." Usik Hannah.

Muka NAAN mula merah padam. Dia teringatkan peristiwa dia dilamar oleh seseorang yang kini telah melanjutkan pelajarannya ke Universiti Mu'tah Jordan. Bukan dia mahu menolak lamaran tersebut, tetapi dia belum bersedia menerima kehadiran orang baru ke dalam hidupnya setelah dia baru sahaja kehilangan kedua ibu bapanya waktu itu.

Segala-galanya biarlah Allah tentukan apa yang terbaik buat dirinya. Dia hanya mampu berdoa agar Allah terus mendakap erat hatinya sebelum diserahkan kepada yang layak. Kerana Tuhan tidak pernah menduga hamba lebih dari yang termampu olehnya.

Karya/Kredit:
Lizawatie Mihamzah

http://t.me/thepenciptakudihatiku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan