Khamis, 26 Oktober 2017

NAAN Qawi (Part 11)

NAAN Qawi.

Part 11--

Minggu peperiksaan telah pun tiba. Kelihatan NAAN sangat sibuk pagi itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Tertera nama AFAN Jannati di skrin. Panggilan daripada alongnya.

"Assalamu'alaikum dik, adik sihat? Rindu kat adik. Hehe. Ni abang call sebab nak ucapkan selamat menduduki final exam untuk adik bongsu abang ni. Buat yang terbaik ya." Ucap abangnya.

"Wa'alaikumussalam along. In shaa Allah long. Masyeh. Hehe. Long, nanti lepas nur exam, along ambik nur kat u ya. Nur nak jumpa Harraz. Dah rindu kat dia. Hehe." Ujar NAAN.

"In shaa Allah. Haa baguslah. Along pun ada benda nak bincang ni dengan adik." Pesan abangnya.

"In shaa Allah..baik long." Balas NAAN.

Punat tamatkan panggilan ditekan, dia terus menyambung ulangkajinya. Baginya, dia hanya ada keluarga alongnya sahaja. Susah senangnya, semua dia kongsi bersama dengan along.

Kringgg!!! Tamat sudah peperiksaan, kertas terakhir pun sudah usai dijawab. Kini, hanya doa dan tawakkal mengiringi natijah najah di kemudian hari.

Hatinya kini mulai berasa sedih dan sebak. Tidak sanggup berjauhan dengan Hannah apatah lagi mengucap kata, "semoga kita bersua lagi, kau tetap dambaan hati" kepada sahabatnya itu. Namun digagahi jua demi sebuah janji yang telah diungkap suatu ketika dahulu.

Melainkan dia ingin menyambung pengajiannya di peringkat yang lebih tinggi. Dia boleh baca hal apa yang ingin alongnya bincangkan. Kerana dia yang telah mengungkap janji pada waktu itu. Kini, akan tibalah hari yang tidak mahu diingati itu tetapi tetap segala dalam kotak simpanan mindanya.

Tidak mahu menyebabkan hatinya gusar terbuai dengan janjinya itu, dia usaha membalut hati dengan kasih Tuhan, dia memburu ilmu buat jiwa yang kehausan, namun kini, hari yang tidak mahu dia bertemu, telah tiba. Semalam, dia menerima pesanan ringkas daripada insan yang menggetar tali jiwanya itu,

"Assalamu'alaikum Nur. Ana dah sampai Malaysia semalam. Ana ingin menuntut janji Nur tiga tahun yang lalu. Ana balik Malaysia semata menuntut janji yang Nur lafaz kerana Allah. Ana harap Nur masih berpegang pada janji diri kerana ana masih tetap setia menjaga kerana Allah. Ana harap segalanya akan berlaku dengan izin Allah."

Allahumma aamiin

Ana,
Azid Zayyan

Karya/Kredit:
Lizawatie Mihamzah

http://t.me/thepenciptakudihatiku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan