Khamis, 26 Oktober 2017

NAAN Qawi (Part 12)

NAAN Qawi.

Part 12--

Insan yang dinanti kini tiba di perkarangan rumah. Azid membawa mak dan ayahnya untuk bertemu keluarga di pihak NAAN. Mereka ingin berbincang soal akad dan walimah.

"Assalamu'alaikum" ucap Azid.

"Wa'alaikumussalam. Haa sampai pun. Nur, azid dan mak ayah dia dah sampai ni. Haa silakanlah masuk ke dalam." Pelawa Faris.

"Nur, nanti Nur dan kak Mai ke depan ya. Along pergi ke depan dulu melayan Azid dan mak ayahnya. Cepat sikit. Jangan lambat." Pesan along.

"Hee. Pakcik dan makcik sihat? Maaf ke belakang kejap tadi panggilkan Nur dengan isteri saya. Orang perempuan ni kalau sudah di dapur, orang di ruang tamu boleh dilupanya. Hehe." Celotah Faris mesra.

"Pakcik dengan makcik alhamdulillah sihat. Faris sekeluarga bagaimana? Ada perkembangan nak tambah team ka?" Gurau Pakcik Kamal.

"Hahaha. Setakat ini cukuplah dua orang pakcik. Nak melayan karenah si Aisyah dengan Harraz tu pun dah cukup memeningkan tambah- tambah lagi si Harraz tu, kan nak membesar, banyaklah proses nak kena diperhatikan." Terang Faris.

"Haa keluar pun Nur." Tambah Faris.

Azid kelihatan malu dan terpaku ditambah denyutan jantung yang makin laju. Dia diam sedari tadi tidak menyampuk sepatah perbualan Faris dengan ayahnya.

Nur pula selepas bersalaman dengan mak Azid, terus tunduk membisu.

Lama bermusyawarah, akhirnya mereka mencapai kata sepakat, majlis akad akan diadakan pada malam esok manakala walimah pula diadakan pada dua hari selepas akad. Segala persiapan telah pun diatur oleh kedua-dua belah pihak sebelum melakukan pertemuan untuk kali yang terakhir sebelum melangsungkan akad.

Kebahagiaan yang ditunda kini mulai mempersembah wajahnya, janji yang terpatri bakal terlerai dengan sebuah lafaz agung yang ingin diraih oleh setiap wanita untuk mempermudah jalan menuju maqam solehah.

Karya/Kredit:
Lizawatie Mihamzah

http://t.me/thepenciptakudihatiku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan